BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kasih sayang

Firma

Super Active Member
Messages
5,310
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
Sifat Kasih Sayang adalah sifat yang perlu ada pada setiap orang beriman. Sifat ini disebut dalam al-Quran sebagai sifat para sahabat Rasulullah s.a.w. Firman Allah:

“Muhamad pesuruh Allah; dan orang2 bersamanya bersifat amat keras kepada orang2 kafir (yg menentang Islam)dan berlemah lembut sesama mereka… (29: al-Fath)

Nabi s.a.w amat menekan sifat kasih sayang kepada umatnya:

ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء

Maksudnya: “Kasihanilah mahkluk di bumi nescaya mahkluk di langit akan menyangimu.” (Hr Tabrani: perawi sahih)

من لم يرحم الناس لم يرحمه الله

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi manusia ; Allah s.w.t tidak mengasihinya.” (Hr Tabrani: sanad hasan)

لا تنزع الرحمة إلا من شقي

Maksudnya: “Sifat kasih sayang tidak dicabut melainkan daripada hati orang yang celaka.” (Hr Bukhari dlm Adabul Mufrid)

Sifat kasih sayang bukan sahaja kepada sesame Islam bahkan semua mahkluk tuhan tidak kira manusia, jin, haiwan dan alam sekitar.

Nabi s.a.w bersabda:

Kamع tidak beriman dgn sempurna sehingga kamu salih kasih mengasihani.”

Para sahabat menjawab:

“Semua kami adalah pengasih”

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya yang dimaksudkan bukan hanya seorang mengasihi temannya tetapi ia adalah kasih sayang pada semua manusia, kasih sayang yg menyeluruh.”(Hr Tabrani: perawi2 yg sahih)

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w mengucup dahi Hasan bin Ali r.a disamping al-Aqra3 bin Habis at-Tamimi. Aqra3 berkata:

“Aku mempunyai sepuluh orang anak dan aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka”

Baginda memandangnya dan berkata:

مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ

Maksudnya: “Siapa yang tidak mengasihi yang lain maka dia tidak dikasihi.”(Hr Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar r.a hendak melantik seorang lelaki untuk memegang jawatan pemimpin kepada org Islam. Tiba2 beliau mendengar bahawa lelaki tersebut tidak pernah mencium anak2nya. Maka Saidina Umar r.a. terus menarik balik daripada keputusannya untuk melantik lelaki tersebut dan berkata kepadanya:

“JIka dirimu tidak lembut mengasihi anak2mu bagaimana nak bersifat pengasih kepada manusia lain? Demi Allah aku tidak akan melantikmu selama-lamanya.”

Kemudian beliau mengoyak surat perlantikan.

Kasih sayang bukan sahaja pada manusia malahan pada binatang.

Rasulullah s.a.w menceritakan:

“Ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan; dia terasa sangat dahaga. Tiba2 dia menjumpai sebuah telaga, lalu dia turun ke dalam telaga dan minum air. Kemudia dia keluar dari telaga tersebut dan mendapati ada seekor anjing yg menjelir2 lidahnya dan memakan tanah kerana terlampau dahaga. Lelaki itu berkata “Sesungguhnya anjing ini telah dahaga seperti mana aku dahaga tadi.” Maka dia pun turun ke telaga, memenuhkan kasut dgn air serta memegang mulut kasut sambil naik ke permukaan telaga dan memberikan anjing itu minum. Allah memuji perbuatannya dan mengampunkan dosa2 nya.”

Para sahabat bertanya:

“Adakah kami dapat pahala jika membantu binatang?”

Nabi s.a.w menjawab:

“Menolong setiap yang bernyawa mendapat pahala” (Hr Bukhari dan Muslim)
 
Last edited:
bagus info nih...mekasih fir.... :D
 
IMG_20230809_210631_225.jpg


RAMAH DAN RAHMAH MENYAYANGI ORANG LAIN

Daripada Abi Musa al-Asyari, sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda:

Kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling menyayangi. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami semua adalah penyayang. Rasulullah SAW bersabda: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kalian sahaja bahkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk. (HR Tabrani)

Tuntutan menyayangi bukan hanya kepada sesama Muslim malah kepada orang bukan Islam dan seluruh makhluk yang bernyawa.
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rahmat Kepada Semua

عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال لن تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ

Daripada Abu Musa RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah berkata: Wahai utusan Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda: “(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah secara umum” (Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418 Hadis Hasan Lighairihi)

Pengajaran:

1. Islam adalah agama rahmah. Rahmah adalah kata terbitan daripada kata akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang, memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati (al-Mu’jam al’Arabiy al-Asasiy, 1989)

2. Memiliki sifat rahmah dengan berkasih sayang sesama Muslim adalah tanda keimanan seseorang.

3. Sifat rahmah berkasih sayang bukan hanya sesama Muslim malah juga kepada seluruh manusia termasuk juga yang bukan Islam serta makhluk alam yang lain seperti binatang dan tumbuhan.

4. Umat Islam haruslah memahami bagaimana proses ummah dijelmakan dalam peradaban Islam dari sudut kesatuan masyarakat manusia. Al-Quran mengarahkan untuk kita melakukan engagement dengan pelbagai kaum dan bangsa. Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari (sepasang manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” (hujurat: 13)

5. Memiliki sifat rahmah kepada manusia secara umum termasuk bukan Islam dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia dengan saling mengenali serta berusaha melakukan usaha dakwah melalui pelbagai pendekatan termasuk menunjukkan contoh terpuji. Menyayangi orang lain agar mereka juga mendapat hidayah dan taufik menjadi hamba Allah yang diredhai.

Zahirkanlah sifat rahmah kita sebagai Muslim kepada orang lain termasuk kawan dan lawan dengan engagement yang berterusan agar kita benar-benar memiliki sifat RAHMAH.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

01hb Okt 2023
15hb Rabiul Awal 1445H
 
1000498288.jpg


Kasih Sayang dan Hormat : Tuntutan Islam

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.” (Riwayat Imam Tirmizi: 1919)

Didiklah hati kita untuk menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang dewasa.

Jadikan nilai kasih dan hormat ini sebagai teras kehidupan kita, kerana ia membawa keberkatan dalam masyarakat.

#KasihSayang #HormatiYangTua #IslamRahmatanLilAlamin
 
Back
Top
Log in Register