ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuih kecil dari tapak tangan ini dijual 60 sen seketul walaupun di kawasan pinggir bandar.
BATU FERRINGHI - Peniaga di sekitar daerah ini didapati menaikkan harga beberapa jenis kuih sesuka hati sejak dua bulan lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebiji kuih karipap bersaiz kecil dari tapak tangan dijual 60 sen seketul dan intinya begitu sedikit.
"Sementara pisang goreng pula dijual dengan harga RM1 untuk tiga hirisan nipis.
"Ramai penduduk merungut kerana harga seketul kuih sahaja mencecah dari 50 sen hingga ke 70 sen sebiji sedangkan ia hanya bersaiz kecil," katanya.
Menurutnya, dia sendiri cuba untuk berjumpa dengan peniaga berkenaan.
"Namun akhirnya saya kena marah dan lebih menyedihkan apabila peniaga tersebut memaklumkan bahawa kuih yang dijual tetap akan dibeli oleh pelanggan walaupun harganya begitu.
"Kami harap pihak berkenaan dapat segera pantau harga yang tidak masuk akal ini terutamanya ia dijual di kawasan pinggir bandar," katanya.