BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karipap 3 biji seringgit berinti oksigen

haram jadah sapa yang doK juai caMTU
 
:D Kena fikir positif jap ni...klu tidak stress wooo ngap2 je tgk dlm ada oksigen je yg byk:))
Kemungkinan peniaga yg jual ni nk kasi oksigen free kt pemakan karipap dia kot?
Ye la, dh berbuka dgn byk makanan mesti kurang ruang oksigen kt dlm perut tu...
Kurang2nya dgn adanya karipap inti oksigen ni, sekali telan dh dpt terus oksigen masuk skali:p
 
Ok ape inti oksigen. Kalau peniaga tu buh inti karbon monoksida...
 
Begitulah nampaknye skrg..dosa diletakkn ke blkg ..yg penting kedepan menipu cari untung itulah yg byk berlaku..bulan puasa pulak tu..tk fikir duit haram halal dh..janji masyuk..

samala kita semua..dosa,amanah kerja letak belakang..janji time kerja boleh curi masa main tenet cg,fb,watspp..halal haram belakang kira..janji cukup bulan dapat gaji..
 
Takkan dia nak pegi beli dan picit setiap juadah/kuih yg ada di bazar?

Aik time gaji tak payah disuruh2 pandai pulak g picit2 kat mesin atm..

Semua menda nak ajor camne nak pantau dan tegas..
 
ini bubuh inti sambil lewa je... main calit gitu je agaknya...
kesian pembeli..
 
Tak nak beli kacipap inti oksigen, sila ke marikh.
 
Ni mcm citer ahmad albab: xde gula n xde garam kopi sedap melekat!
Sebab karipaf jgn kita marahkan oxijen
Ni aku beri resepi karipaf, ko cuba buat sendiri tengok, boleh makan sampai lebam

Karipap ni mudah dan sesuai untuk dibuat jualan atau untuk makan sendiri. Lagi satu ia boleh difrozenkan. Susun karipap dalam bekas plastik atau tupperware tetapi setiap lapisan alas dengan plastik supaya tidak melekat. Masuk dalam peti dinginbeku dan tahan sebulan. Bila hendak digoreng, keluarkan satu jam sebelumnya agar ia lembut dan bolehlah digoreng. Apabila menggoreng karipap, api jangan kuat kerana kulit karipap akan jadi menggerutu atau menggelembung. Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah dengan api perlahan. Untuk menjadikan bentuknya sama besar,bolehlah gunakan acuan karipap yang banyak dijual di pasaraya.

Untuk membuat karipap frozen sebagai jualan... saya suka bakar dalam oven dalam 10 minit atau goreng separa masak karipap yang siap dibentuk. cara ini tahan lebih lama 1-2 bulan.

karipap inti keledek ( nak buat inti apa pun boleh, yang penting bancuhan untuk kulit karipap nie sangat lah elok)

250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung ubi*(*disatukan dan diayak)

100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan

Cara membuatnya:-

UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.

Karipap, epok-epok atau samosa boleh dirangupkan dengan mengikuti petua ini:

1. Sebelum mengadun marjerin bersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat di atas kuali bersama dengan ½ cawan minyak masak.

2. Biarkan hingga mendidih.

3. Kemudian tuangkan minyak tadi ke dalam adunan tepung. Uli seperti biasa. Ia akan lebih rangup dan enak —
 
Back
Top
Log in Register