BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karim bersedia jumpa Zolkples

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
KEMELUT dalaman antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) melibatkan Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim dengan Majlis Sukan Negara (MSN) memasuki fasa baharu apabila Timbalan Presiden KOM itu menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Datuk Zolkples Embong atas permintaan peminat-peminat sukan bagi menyelesaikan kemelut yang tercetus.

Karim berkata, beliau sendiri akan menulis surat kepada Ketua Pengarah MSN itu dan menghantarnya kepada Zolkples selewat-lewatnya hari ini.

Beliau berkata, kesediaan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan itu adalah untuk kebaikan sukan olahraga negara selain meletakkan kembali sukan berkenaan ke era kegemilangan.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan kemelut yang tercetus ini.

"Sudah sampai masanya untuk kita melihat ke hadapan dan bukannya bergaduh serta menuduh antara satu sama lain. Saya ikhlas dan jujur untuk menyelesaikan kemelut ini dan bersedia pada bila-bila masa.

"Saya bersedia untuk bertemu dengan beliau (Zolkples) secepat mungkin. Soal sama ada beliau bersedia untuk berjumpa dengan saya, itu terpulanglah kepada Zolkples," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 semalam.

Karim berkata, inisiatif untuk membawa kedua-dua pemimpin bertelagah itu bersemuka pernah diusahakan oleh Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, namun usaha murni itu gagal disebabkan keengganan Zolkples untuk berganjak dengan pendiriannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Karim menolak desakan pihak tertentu agar meletak jawatan ekoran kemelut itu sambil menegaskan bahawa ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk meninggalkan KOM pada saat-saat getir seperti ini.

"Apabila ada masalah dalam persatuan, takkan saya nak lepas tangan begitu sahaja, tak boleh macam itu," katanya.
 
Back
Top
Log in Register