BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karim ada skrip baharu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PEMIMPIN-PEMIMPIN politik yang aktif tidak seharusnya campur tangan, mahupun terlibat menguruskan mana-mana persatuan sukan di negara ini.

Itu pandangan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KO- AM), Karim Ibrahim.

Kenyataannya itu boleh ditafsirkan sebagai 'menyindir' kepimpinan KOAM itu sendiri yang turut diterajui ahli politik, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Adakah Karim mahu menyingkir Shahidan atau ada skrip baharu yang mahu dikarangnya?

"Hanya golongan profesional dan mereka yang benar-benar berminat serta komited membantu menaikkan sukan harus mengenda- likan sesebuah persatuan sukan," katanya ketika ditemu bual dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

Karim berkata, penyertaan pemimpin-pemimpin politik dalam pengurusan sesebuah persatuan sukan dan ditambah pula dengan kerja hakikinya dalam pentas politik, boleh mengurangkan tumpuan dan komitmen mereka untuk memajukan persatuan sukan.

"Apabila mereka terbabit dalam kedua-dua perkara, iaitu menguruskan persatuan sukan dan politik, wujud- nya kepentingan diri.

"Justeru, bagi pemimpin- pemimpin politik, adalah lebih baik jika mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda rakyat, kerana ia jauh lebih penting," katanya.

Karim berkata, kemajuan sukan olahraga di negara ini banyak bergantung kepada kerjasama dan persefahaman semua pihak yang terbabit.

"Ibu bapa, jurulatih, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan agenda memajukan sukan olahraga negara ke tahap yang lebih baik dapat direalisasikan," katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register