combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,184
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,184
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
USS Tripoli. Gambar fail Agensi
ISTANBUL – [DIKEMAS KINI] Sebuah kapal perang Amerika Syarikat yang dipercayai membawa ribuan anggota marin dan pelaut kini menghampiri Selat Melaka dalam perjalanan ke Asia Barat, menurut data penjejakan maritim pada Selasa.
Pegawai Amerika Syarikat memaklumkan kepada CNN bahawa kapal perang tersebut sedang dikerahkan ke rantau berkenaan, namun tidak mendedahkan destinasi atau misi tepat kapal itu.
Berpangkalan di Sasebo, Jepun, USS Tripoli yang memiliki panjang hampir 260 meter dan sesaran 45,000 tan, pada awalnya adalah kapal pengangkut pesawat kecil.
Ia membawa jet pejuang halimunan F-35 dan pengangkut MV-22 Osprey serta vesel pendaratan untuk memindahkan tentera ke darat.
Pergerakan kapal perang ini menunjukkan betapa konflik di Asia Barat kini memberi impak strategik jauh ke rantau Asia Tenggara, dengan laluan perairan penting seperti Selat Melaka menjadi laluan transit kritikal bagi aset ketenteraan dan logistik.-Agensi
Kapal perang AS hampiri Selat Melaka dalam perjalanan menuju Asia Barat
ISTANBUL – [DIKEMAS KINI] Sebuah kapal perang Amerika Syarikat yang dipercayai membawa ribuan anggota marin dan pelaut kini menghampiri Selat Melaka...