BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kapal Kargo China Disyaki Melabuhkan Sauh Untuk Memotong Kabel Dasar Laut Di Eropah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Apabila bercakap mengenai isu berkenaan kabel dasar laut yang putus dan perlu diperbetulkan, secara lazimnya ia difahami sekiranya ia dilakukan oleh hidupan-hidupan laut seperti jerung dan sebagainya. Berbeza sedikit pula kali ini apabila pihak NATO mengesyaki bahawa sebuah kapal kargo dari China yang menyebabkan insiden tersebut di Eropah. Wall Street Journal melaporkan bahawa ia disyaki bahawa sebuah kapal kargo yang bernama Yi Peng 3 dari China disyaki telah sengaja melabuhkan sauh untuk memotong kabel BCS East-West Interlink yang menghubungkan Sweden dan Lithuania, dan juga C-Lion 1 diantara Finland dan Jerman.

Subsea-Cable-950x534.jpg.webp


Kapal tersebut yang berlayar dari Mesir ke Rusia dilaporkan telah dengan sengaja melabuhkan sauh sepanjang 100 batu supaya sauh tersebut berjaya mensabotaj sambungan kabel dasar laut tersebut. Mengeruhkan keadaan lagi ialah maklumat bahawa kapal tersebut telah memadamkan penjejak mereka, menjadikannya sukar untuk dikenalpasti sebagai pihak yang melakukan perkara tersebut. Walaupun begitu, ia juga telah dilaporkan bahawa kerana kapal tersebut ditemui di luar perairan Sweden apabila insiden tersebut berlaku, Yi Peng 3 kini dikelilingi oleh kapal-kapal tempur NATO yang menghalang laluan kapal tersebut.

Siasatan yang dibuat oleh pihak NATO juga dilaporkan mendapati bahawa kerosakan dapat diperlihatkan di bahagian bawah kapal dan sauh yang konsisten dengan seretan bahagian sauh dan juga bahagian-bahagian kabel yang dipotong. Pihak kerajaan Sweden juga sedang meminta untuk kapal tersebut berlabuh di pelabuhan negara tersebut, tetapi oleh kerana kapal tersebut ditemui di perairan antarabangsa, pihak NATO tidak boleh memaksanya untuk ke mana-mana pelabuhan.

Berita asal https://www.wsj.com/world/europe/ch...1?st=JmVcUf&reflink=desktopwebshare_permalink
 
Back
Top
Log in Register