BTC USD 80,591.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi mengaku Interpol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ahmad (tengah) menunjukkan logo yang digunakan kumpulan itu.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Polis berjaya menumpaskan Geng Skuad Rusa hasil penahanan beberapa ahlinya yang dikaitkan dengan kegiatan penyamaran sebagai pihak berkuasa dan memeras ugut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, maklumat awal diperoleh hasil aduan seorang lelaki berhubung dua pekerja warga Thailand ditahan beberapa lelaki lebih kurang jam 2.30 pagi di kebun getah miliknya di Padang Lanas, Padang Terap, Ahad minggu lalu.

Beliau berkata, pekerja terbabit memaklumkan melalui panggilan telefon mereka ditahan polis.

“Lelaki itu pergi ke rumah kongsi dan mendapati ada enam kenderaan dan sekumpulan lelaki yang dianggarkan lebih 20 orang memakai topeng muka manakala serorang perempuan tidak bertopeng.

“Tiga lelaki dari kumpulan itu mendekati pengadu meminta bayaran RM3,000 untuk membebaskan pekerja. Lelaki itu membayar wang dan kumpulan itu segera beredar,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

“Siasatan susulan mendedahkan kumpulan itu mengaku mereka dari Jabatan Imigresen, polis Bukit Aman, Interpol serta unit cegah jenayah Kedah bawah naungan Kerabat Diraja Negeri Kedah,” katanya.

Ahmad berkata, pengadu dapat mengenal pasti pemilikan sebuah kereta jenis pacuan empat roda yang digunakan kumpulan terbabit.

“Berdasarkan maklumat itu, anggota bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Padang Terap melancarkan gerakan memburu suspek dari jam 2.30 pagi Khamis hingga 3.30 pagi Sabtu lalu.

“Mereka berjaya menangkap enam lelaki berumur 20 hingga pertengahan 50-an berasal dari Padang Terap, Sik dan Yan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kantoi-mengaku-interpol-1.277773
 
nak duit senang.. berapa hinggit sangat sorang dapat..
 
so, sapa dorang sebenarnya??? interpol ke swimming pool? atau kacang pool??
 
nama tak gentar langsung, geng skuad rusa.. kehkehkeh
 
Back
Top
Log in Register