BTC USD 81,971.0 Gold USD 4,175.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kangaroo Original Leather Handbag RM 80..

Copy From CG Campaign


Menyeru semua kaum Muslimin dan warga Bumiputera supaya bersatu untuk membantu menaikkan ekonomi semua umat Islam dan warga Bumiputera di Malaysia khususnya.


Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di dalam semua bidang untuk semua umat Islam sesuai dengan tuntutan syariat fardu Kifayah.


Mengimbangi manipulasi ekonomi yang dimonopoli oleh bukan Muslim yang telah menyebabkan pergantungan keterlaluan terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh mereka.


Mengelakkan satu situasi di mana orang bukan Islam mudah mengambil kesempatan yang boleh merobohkan lagi ekonomi orang Islam akibat dari kelemahan yang didedahkan oleh pemerintah korupsi yang lemah.

Perkara UTAMA perlu dilakukan untuk menjayakan kempen


ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Tingkatkan pembelian terhadap semua jenis barangan dan perkhidmatan yang 100 peratus dikeluarkan oleh peniaga Muslim dan warga Bumiputera.


Tingkatkan pembelian terhadap semua jenis barangan dan perkhidmatan dari peniaga Muslim dan warga Bumiputera walaupun barangan atau perkhidmatan tersebut dibekalkan oleh warga bukan Muslim. Sekurang-kurangnya pengaliran wang dapat dialihkan sedikit ke dalam masyarakat orang Islam.


Kurangkan pergantungan terhadap barangan keperluan yang dibekalkan oleh bukan Muslim. Alternatifnya, tambahkan penggunaan barangan dan perkhidmatan dari IKS contohnya. Harga mungkin mahal sedikit, tetapi pengorbanan anda sebagai orang Islam adalah merupakan suatu jihad untuk pembangunan ekonomi & sosial agama yang anda anuti.


Walau sebagus manapun produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh bukan Islam, ajar diri anda untuk elak dari membeli & menggunakan barangan ini. Ajar juga anak-anak anda supaya membeli sentiasa membeli produk & perkhidmatan orang Islam dan Bumiputera.


Ketepikan soal perbezaan politik. Pastikan niat untuk memperkuatkan ekonomi agama & bangsa sendiri di tangga teratas.


ANDA SEBAGAI PENIAGA

Sentiasa cuba untuk memikirkan jalan/kaedah bagaimana untuk mendapatkan barangan dari pembekal luar negara yang selama ini telah dimonopoli oleh bukan Bumiputera walaupun lorongnya agak sukar. Tekadkan usaha anda dan ikhlas untuk berjuang untuk kepentingan agama & bangsa.


Sentiasa ada sifat cemburu untuk berjaya bukan dengki sesama agama dan bangsa. Orang bukan Islam berjaya kerana mereka sentiasa dengki & cemburu dengan kejayaan pesaing mereka, lantas mereka melipatgandakan usaha untuk melebihi orang lain. Kaum Bumiputera juga mempunyai perasaan ini cuma perbezaanya lebih menjurus kepada ingin memusnahkan pesaing mereka disebalik melipatgandakan usaha.


Buang sikap mementingkan keuntungan semata-mata. Sekiranya anda mempunyai peluang untuk menjual barangan samada dari keluaran orang bukan Islam atau orang Islam, walaupun keuntungan/pasaran barangan dari orang bukan Islam nampak lebih terjamin/laris, pengorbanan anda untuk menyokong barangan dari keluaran orang Islam adalah pengorbanan yang sangat besar.
 
Bring up my post.......
 
Murah bro jual handbag gazzel...kt Aust xdpt harga camni...
 
BUMP For original Leather.....
 
Klu korg kurang yakin dgn aku...korg bleh tgk trader rating aku....
 
Back
Top
Log in Register