BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kang Gary dah kahwin.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
kang-gary-kahwin-secara-rahsia.jpg

Anggota Running Man, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, HaHa, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo terkejut sebaik sahaja mengetahui berita tentang perkahwinan Gary.

Menurut jurucakap Running Man, keenam-enam mereka tidak diberitahu mengenai perkara itu walaupun sudah bersama Gary hampir tujuh dalam program tersebut.

“Mereka semua terkejut apabila mendengar berita mengenai perkahwinan Gary dan tidak ada seorang pun yang tahu mengenai perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, wakil syarikat Gary, Yangbans turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

“Kami tidak tahu mengenai sebarang perancangan Gary untuk berkahwin, kami menerima perkhabaran itu beberapa minit sebelum dia mengeluarkan kenyataan di Instagram (IG)nya.

“Gary sememangnya seorang yang gemar berahsia leabih-lebih lagi mengenai kehidupan peribadinya, tapi kami tak sangka pula dia rahsiakan perkahwinannya daripada kami.

“Pada mulanya kami sangkakan berita itu sekadar gurauan (April F00l) memandangkan ini bulan April, namun Gary mengesahkan perkara tersebut.

“Kami juga tidak mengenali isterinya dan selain daripada kenyataan yang dikeluarkan Gary, kami tidak mempunyai sebarang komen,” jelasnya.

Terdahulu, Gary yang juga merupakan bekas anggota Running Man telah mengejutkan peminat diseluruh dunia dengan berita mengenai perkahwinannya.

Berita tersebut diumumkan oleh Gary menerusi akaun IG semalam.





Dalam bahasa Korea.

https://www.instagram.com/p/BSf2b5AgTZc/

Perkara tersebut didedahkan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram @kang_gary8888 kira-kira pukul 5 petang tadi.

Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis.

“Saya telah berkahwin dengan wanita yang saya cintai hari ini. Bagaimanapun kami tidak mengadakan sebarang majlis.

“Perkahwinan ini berlangsung atas persetujuan kami berdua. Isteri saya bukanlah di kalangan selebriti tetapi dia berjaya memikat hati saya.

“Saya akui pengumuman perkahwinan ini agak mengejutkan tetapi berilah restu kepada kami berdua. Kami janji akan menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri - Kang Gary,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Gary dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia.
 
jewok mano ni?... xkenal pun
 
kesian gary, lame gak mengharap cinta jihyo tu, xtergapai ke sudah
 
Member lama running man pon tak tahu
 
sepupu aku yg minat kpop bgtau 2 tahun lepas

kisah gary ngan ji hyo tu saja2 jer kasi naik rating running man

aku pulak rasa 7 tahun berkawan dgn prmpuan cantek camtu, kne kenen2 acah2 couple pulak, ada can jugak si gary simpan perasaan
ni aku rasa je la, aku rasa....haha
 
sepupu aku yg minat kpop bgtau 2 tahun lepas

kisah gary ngan ji hyo tu saja2 jer kasi naik rating running man

Memang pun.

Jae Suk banyak kali cakap dalam episod RM yang awal².

Dia kata tak mungkin berlaku.

Mungkin sebab dia kenal Ji Hyo ni sapa.


Ada satu episod tu, Haha kata Ji Hyo pernah bergaduh kat kelab malam.

Dan juga baru berhenti merokok.

Keke~
 
aku pulak rasa 7 tahun berkawan dgn prmpuan cantek camtu, kne kenen2 acah2 couple pulak, ada can jugak si gary simpan perasaan
ni aku rasa je la, aku rasa....haha

Episod awal² best sebab Gary memula cam minat kat Ji Hyo.

Puji mata cantik.

Bermulanya Monday Couple.

Episod 8.

Jo Hyo lawa masa awal² musim.

Saya pos semua video² malu² kucing diorang hingga page 2.


 
Last edited:
Back
Top
Log in Register