BTC USD 81,656.5 Gold USD 4,131.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kandang kambing jadi 'port'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Lapan penagih dadah tidak sempat melepaskan gian apabila kesemua mereka ditahan polis ketika berjalan masuk ke sarang penagihan di sebuah kandang kambing terbiar di Felda Lepar Hilir 1, Gambang dekat sini, petang kelmarin.

Penahanan suspek berusia 25 hingga 58 tahun itu susulan pemantauan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Gambang terhadap sarang penagihan itu susulan maklumat berhubung kegiatan penagihan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan maklumat, anggotanya masuk ke kawasan tersebut untuk melakukan pemantauan sebelum membuat serbuan.

Menurutnya, hasil operasi selama lima jam bermula jam 3 hingga 7 petang itu, kesemua penagih yang berasal dari sekitar Gambang, Pekan dan Kuala Terengganu itu berjaya ditahan.

"Perangkap yang dipasang menjadi apabila suspek yang memasuki kawasan itu secara berasingan tidak menyedari kehadiran polis.

"Ada yang cuba melarikan diri namun tindakan pantas polis berjaya menggagalkan cubaan mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Aziz berkata, hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak tersenarai sebagai individu dikehendaki bagaimanapun hasil ujian saringan air kencing mereka disahkan positif dadah jenis amphetamine dan morphine.

Menurutnya, polis akan terus melakukan memantau sarang penagihan yang dikenal pasti dengan melakukan serbuan secara berterusan supaya kegiatan itu dapat dibanteras.

"Kita juga akan mengenal pasti tokan yang terlibat mengedar dadah kepada penagih di daerah ini dengan menjadikan sarang penagihan sebagai sasaran pengedaran," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan di lokap bersepadu di Indera Mahkota untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.
 
Diorang tambahkan kick dengan aroma bau kambing.. hahaha
 
Korang rasa kalau kandang barbie diorang buat port tak?
 
Dorg mane² pn jd..
Lepas tgh high, port tu bagaikan istana..
 
Back
Top
Log in Register