BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanada tarik diri daripada Protokol Kyoto

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
OTTAWA 13 Dis. - Kanada semalam menjadi negara pertama mengumumkan akan menarik diri daripada Protokol Kyoto yang bertujuan untuk menangani perubahan iklim, sekali gus memberi tamparan simbolik kepada perjanjian global yang bermasalah itu.

"Bagi Kanada, Kyoto sudah berlalu, dan kami menggunakan hak kami di sisi undang-undang untuk menarik diri daripada Kyoto secara rasmi," kata Menteri Alam Sekitar, Peter Kent sekembalinya daripada persidangan iklim di Durban, di mana negara peserta bersetuju untuk melanjutkan tempoh protokol tersebut selama lima tahun lagi.

Persidangan itu juga bersetuju untuk memulakan rundingan bagi menghasilkan perjanjian baru yang akan memaksa semua negara pengeluar utama gas rumah hijau mengehadkan pengeluaran masing- masing. - Reuters
 
kanada muak dgn amerika syarikat yng buat bnyak gas rumah hijau nie..
 
Back
Top
Log in Register