BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami tidak doakan kematian'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Iskandar yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam perniagaan ini, sedang menyiapkan ‘kepok’ pusara yang ditempah pelanggan.
< 1 / 1 >
MARANG - Peniaga peralatan binaan pusara atau lebih dikenali sebagai ‘kepok’ pusara dan batu nisan di negeri ini sering dikatakan seperti mengharapkan kematian berlaku bagi membolehkan mereka terus mendapat rezeki.

Bagaimanapun, bagi seorang pembuat ‘kepok’ pusara dan batu nisan di sini, Iskandar Ibrahim, 35, yang sudah berkecimpung dalam perniagaan tersebut sejak lebih 15 tahun lalu, itu hanyalah persepsi segelintir masyarakat.

“Persepsi seperti itu menjadi asam garam dalam kehidupan pembuat atau peniaga ‘kepok’ pusara dan batu nisan seperti kami. Tetapi, hal itu tidak berlaku kerana mustahil kami mendoakan atau mengharap kematian seseorang.

“Kami hanya berserah kepada Tuhan, kerana rezeki dan ajal maut itu di tangan-Nya,” katanya yang membekalkan peralatan berkenaan bagi pasaran setempat, tetapi tidak hanya terhad kepada penduduk di sekitar Dun Alor Limbat di sini.

Iskandar berkata, penduduk yang tinggal jauh seperti di Hulu Terengganu dan daerah lain turut datang ke pusat perniagaannya bagi membeli ‘kepok’ pusara dan batu nisan apabila berlakunya kematian.

“Malah, permintaan masyarakat sentiasa ada memandangkan kami mengutamakan hasil kerja bermutu selain menawarkannya pada harga berpatutan, walaupun harga bahan binaan tidak stabil di pasaran,” katanya.

Melihat keadaan persekitaran pusat perniagaan diusahakan Iskandar dan bapa saudaranya dikenali sebagai ‘Mat Non’ itu, ia sangat ringkas malah tiada siapa menyangka peniagaan diusahakan di tepi jalan menuju ke Pengadang Baru itu sebenarnya berjaya.

Katanya, pihaknya menawarkan ‘kepok’ pusara dan batu nisan pada harga serendah RM160 dan akan mengenakan caj tambahan jika membuat penghantaran ke luar daerah ini.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/kami-tidak-doakan-kematian-1.245034
 
tringt dlu masa keje katering untk kndri tahlil..kalau da org mati bru la dpt duit..kalau x jenuh la nak tggu kndri kwen..dah tu knduri kawen time cuti je..hehe
 
kalu kerja ni gaji lumayan, xdenye org nk ckp2 mcm tu.. mcm doktor dan pharmacist le.. harapkan org sakit baru dpt duit, tp org x kutuk pun..
 
boleh ke pasang batu batu kat kubur
 
rezeki ada dimana2 yang penting rajin berusaha.
 
Back
Top
Log in Register