BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami tidak beri muka'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA TERENGGANU – Mana-mana individu mahupun kumpulan yang cuba melakukan khianat terhadap poster, bendera dan bahan kempen Barisan Nasional (BN) di Kampung Mengabang Tengah Masjid, bakal berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Umno cawangan itu, Muhd Supian Muhamad memberi amaran keras itu berikutan 10 insiden membabitkan perbuatan khianat di kampung berkenaan sejak proses kempen bermula, Sabtu lalu.

“Sebelum ini kita tidak ambil tindakan tetapi sejak kebelakangan ini, kerap poster dan bendera BN dicabut.

“Kali ini kami tidak akan memberi muka dan akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis atau kami sendiri yang menangkap individu terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, Supian berharap, pihak yang terlibat dapat saling menasihati dalam kalangan mereka supaya mengamalkan kempen secara sihat.

“Biarlah proses kempen berjalan dengan baik tanpa ada sebarang perkara buruk sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/kami-tidak-beri-muka-1.155243
 
isu ini x perlu timbul kalo mentaliti masyarakat tinggi,persaingan sihat,ini mental orang tempat terbabit mental macam budak sekolah jahat..
 
kalau aku orang pacak bendera depan rumah aku pun aku marah. Dulu ada mamat ****** BN gantung bendera depan kedai aku kat alor gajah sampai nak menutup laluan masuk ke kedai aku.
Cuba korang piker ? diorang ni ***** ke apa.
 
Back
Top
Log in Register