BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Kami sedia berdepan Dr Asri"

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - “Kami bersedia pada bila-bila masa bersemuka secara peribadi dan berbincang dengan Dr Asri tetapi berpendapat isu ini tidak wajar dibahaskan serta disensasikan secara terbuka," demikian kata dua yang diberikan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Mohamad Isa Abd Ralip yang juga jurucakap bagi 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung tuntutan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mahukan bukti beliau menghina Imam Ghazali, Imam Nawawi dan menolak amalan Furu’ (solat hajat, bacaan Yasin, talkin).

Mohamad Isa berkata, isu terbabit tidak perlu dijawab secara terbuka kerana Dr Asri sebelum ini sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan meragukan dan bimbang jika perdebatan ini berterusan akan menyebabkan masyarakat keliru.

“Dr Asri banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti isu pencegahan khalwat, penggunaan kalimah Allah dan isu amalan furu’ yang dikatakan bidaah dalam kalangan umat Islam.

“Kami tidak mahu terus mengikut rentak yang dimainkan Dr Asri kerana menerusi perbahasan itu nanti bukan sahaja soal hukum-hakam agama akan timbul tetapi juga keaiban dia (Dr Asri) akan tersebar jadi perkara ini tidak elok untuk tatapan umum,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Isa yang diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia sendiri menyiarkan memorandum yang disifatkan sebagai edaran dalaman menerusi laman webnya bagaimanapun mengakui perkara terbabit adalah kesilapan teknikal dan bukannya niat untuk memperbesarkan isu.

“Kami mengakui bahawa memorandum yang bertujuan sebagai edaran dalaman terlepas ke pengetahuan umum menerusi laman web kami tetapi kami telah menariknya pada jam enam petang hari yang sama Dr Asri menyebarkan salinan memorandum kepada pihak media,” katanya.
 
takut berdebat ka..heran betul la aku ni..setiap kali geng wahabi ajak berdebat,pengikut mazhab semuanya x mau...berdebat la..sekurang kurangnya masyarakat tau gak sapa yang betul dan sapa yang salah..kalau mengelirukan sila kembali kepada quran dan hadis bagi penyelesaian.
 
takut berdebat ka..heran betul la aku ni..setiap kali geng wahabi ajak berdebat,pengikut mazhab semuanya x mau...berdebat la..sekurang kurangnya masyarakat tau gak sapa yang betul dan sapa yang salah..kalau mengelirukan sila kembali kepada quran dan hadis bagi penyelesaian.
itulah yg dikatakan berani, tp tak berapa berani...:)
 
takut berdebat ka..heran betul la aku ni..setiap kali geng wahabi ajak berdebat,pengikut mazhab semuanya x mau...berdebat la..sekurang kurangnya masyarakat tau gak sapa yang betul dan sapa yang salah..kalau mengelirukan sila kembali kepada quran dan hadis bagi penyelesaian.

Mana berani debat bro..
Dr. Asri siap keluar hadis2 dan nas2.... depa mana boleh tangkis dah
 
berdepan secara adil dan profesionnal, bukan kerna kepentingan peribadi atau tak berkenaan dengan pendapat seseorang
 
bukan dr asri ke yang tak mahu berdebat sebelum2 nih...
 
berani kerana benar...
walaupun kebenaran itu pahit...
lebih baik seluruh umat islam mengetahuinya...
jgn hanya pandai berkokok di luar gelanggang...
 
Kenyataan Media



Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM



Ahad, 1 November 2009







Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-



* Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.



* Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.



* Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.



* Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.



* Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.



* Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.



* Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.





Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.





Ditandatangani oleh :







……………t.t..………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)



Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-



1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut.

Rujukan http://peguamsyarie.org/?p=1249
 
Mana berani debat bro..
Dr. Asri siap keluar hadis2 dan nas2.... depa mana boleh tangkis dah


hanya tahu mengkritik tanpa penjelasan...susah nak cari mufti cam dr asri yang berani tegur benda yg x betul...x cam mufti len cuma ceramah ttg isu yg dah jelas(banyak lg isu kritikal yang melanda kat malaysia)..........
 
Back
Top
Log in Register