BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami sayang guru kami'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sebahagian ibu bapa menggesa KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri menarik semula arahan pertukaran tiga guru terbabit.
< 1 / 1 >
PERAK - Kerana sayangkan guru mereka, ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damak di sini mendesak agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan agar menarik kembali pertukaran tiga guru sekolah terbabit.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Zakaria Imam Sani berkata, tiga guru tersebut ialah Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Iman Idrus dan Mohd Zulkeflee Seman.

“Kami mempersoalkan pertukaran mereka sedangkan Cikgu Izzat merupakan satu-satunya guru opsyen seni visual sekolah ini, Cikgu Zakaria ialah guru penolong kanan hal ehwal pelajar ditukarkan dengan menyandang jawatan yang sama manakala Cikgu Zulkeflee pula ditukarkan di sekolah yang mempunyai kuota guru mencukupi,” katanya.

Tambahnya, pihak ibu bapa tidak menghalang sekiranya mereka ditukarkan atas sebab munasabah seperti kenaikan pangkat atau memenuhi sekolah yang kekurangan guru.

“Cikgu Izzat contohnya baru sahaja bertugas di sekolah ini pada 2012 dan kini sudah ditukarkan ke sekolah lain. Kami sayangkan ketiga-tiga guru ini kerana mereka telah menyumbang kepada peningkatan pendidikan dan menaikkan sekolah,” katanya.

Naib Pengerusi PIBG, Rosli Baku pula berkata, pihak PIBG juga turut bertanya kepada pelajar tentang pertukaran terbabit dan kesemua mereka melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan pertukaran tersebut.

“Kami turut bertanyakan pendapat pelajar dan mereka juga tidak bersetuju dengan pertukaran ini. Mereka harap guru mereka ini tidak ditukarkan kerana mereka terlalu sayangkan guru mereka.

“Tambahan pula ibu bapa juga gemar dan senang berurusan dengan ketiga-tiga guru terbabit kerana mudah memberikan komitmen dan lebih mesra berbanding kebanyakan guru lain,” katanya.

Menurut Rosli, mereka difahamkan pertukaran serta merta guru-guru terbabit disebabkan mereka menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Kami tidak bersetuju sekiranya mereka ditukarkan disebabkan perkara terbabit sedangkan Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan tiada tindakan akan diambil ke atas guru yang membantah PBS.

“Perkara ini telah disiarkan ke dalam akhbar sebelum ini justeru alasan terbabit tidak boleh diguna pakai. Oleh itu, kami menggesa pihak berwajib agar menarik kembali arahan pertukaran terbabit dengan segera dan membenarkan ketiga-tiga guru ini kembali bertugas di sekolah kami,” katanya.
 
A ah kan, kan ke kata, xda tindakan dibuat terhadap guru2 ni....

x serupa bikin la kalau macam ni
 
bantah sikit je kena tukar...
tak matang langsung...
 
tak boleh bantah kena menurut perintah je.r.
 
orang yang membantah adalah orang yang mahu sesuatu yang ke arah lebih baik....

"layang-layang terbang tinggi sebab lawan dengan arah angin"..cuba naikkan layang-layang ikut arah angin, boleh naik tinggi tak?

Negara tak maju sebab ramai yang pak turut... & ramai makan gaji buta... kalau tak mahu pikir, jangan jadi PEGAWAI ... baik jadi kerani sahaja...

Buang duit kerajaan sahaja bayar gaji tinggi-tinggi...

Patut fikir apa yang orang complaint bukan guna kuasa veto sahaja.... Sebab tu kita tak macam Korea & negara yang kian membangun lain. China negara komunis pun lebih baik daripada Malaysia pada hakikatnya.

Jangan tengok tas kertas sahaja BRO...
 
Back
Top
Log in Register