BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami jadi mangsa'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SELAYANG - Bukan sahaja hasrat kira-kira 500 orang untuk memiliki rumah berkecai, mereka terpaksa menanggung beban hutang selepas projek yang dijadualkan siap pada 2006 itu terbengkalai.

Lebih mengecewakan kediaman yang sepatutnya menjadi tempat mereka berlindung itu kini di kelilingi semak-samun seolah-olah tidak ada tanda-tanda projek itu akan mendapat pembelaan.

Rumah jenis pangsapuri lima tingkat melibatkan enam blok dan 500 unit itu ditawarkan dengan harga RM60,000 seunit yang dibuka jualannya penghujung 2002 dan siap 70 peratus sebelum terbengkalai pada 2009.

Pembeli, Zamri Razali, 38, ditemui di lokasi projek terbengkalai itu, meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah berkenaan kerana mendakwa kebanyakan pembeli terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk merujuk masalah itu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pemaju dan bank namun tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

“Pemaju diisytiharkan muflis dan KPKT telah senarai hitamkan syarikat tersebut tetapi bagaimana nasib 500 pembeli yang terpaksa menanggung hutang pinjaman untuk rumah terbengkalai.

“Saya bersama isteri dan tiga anak menyewa di Setapak perlu menampung sewa bulanan RM400 dan hutang bank RM370 yang membebankan kami sedangkan saya bekerja sebagai pemandu teksi sementara isteri sebagai kerani,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang menyelesaikan projek setinggan Bukit Botak terlebih dahulu sedangkan projek perumahan mereka yang berjalan lebih awal dipandang sepi walaupun pada ketika itu adalah daripada pemaju yang sama.

Seorang lagi pembeli, Nitya Sri, 34, akui masalah berdepan dengan rumah terbengkalai menjadi satu pengajaran buatnya dan kini lebih rela mengeluarkan wang lebih untuk membeli rumah siap bagi mengelak masalah seperti itu berulang.

“Saya telah beli sebuah rumah di Sentul dengan harga RM200,000 pada 2011 selepas projek di sini terbengkalai tetapi saya masih berharap masalah ini diselesaikan untuk kurangkan beban hutang.

“Kami bukan dalam kategori berpendapatan tinggi. Saya terpaksa membayar hutang RM1,000 untuk rumah di Sentul, RM400 di Selayang Mutiara dan beberapa hutang lain,” katanya.

Nada sama turut disuarakan pembeli, Intan zalina A Kasem, 37, yang mengharapkan projek itu disiapkan kerana terpaksa menyewa RM500 di Taman Prima Selayang kerana tidak mampu membeli rumah lain.

“Harga rumah sekarang semakin mahal, nasib kami golongan berpendapatan sederhana hanya mampu menyewa dan menanggung hutang bank untuk rumah yang tidak siap sahaja,” katanya.

Jadi port warga asing

TINJAUAN Sinar Harian di lokasi mendapati dianggarkan hampir lima unit kawasan perumahan itu telah dijadikan penempatan warga Indonesia yang juga bekas pekerja di projek berkenaan.

Seorang lelaki yang memegang kad pemastautin tetap mahu dikenali sebagai Ali berkata, dia tinggal di situ sejak enam bulan lalu selepas majikannya tidak menjelaskan gaji tertunggak dianggarkan berjumlah RM3,000.

“Saya perlu duduk di sini sehingga majikan menjelaskan gaji kerana tidak mempunyai rumah lain dan kini menampung hidup melalui kerja kontrak di kawasan sekitar sini.

“Saya juga menjaga kawasan ini daripada orang luar yang masuk untuk mencuri barang binaan yang diambil untuk dijual,” katanya.

Bagaimanapun, kehadiran mereka menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pembeli sehingga menimbulkan suasana tegang di situ.

Tambah memeranjatkan apabila bekalan elektrik dan air terdapat di kawasan itu, menyebabkan pembeli bimbang akhirnya bangunan terbengkalai itu akan menjadi port penempatan warga asing.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kami-jadi-mangsa-1.224258
 
skang dh laksanakan belum rumah siap baru pemaju bole jual?
 
Back
Top
Log in Register