BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami dihujani lebih 200 peluru'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang."

Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

"Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa.

Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri.

"Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya.

Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.

ne_03.1.jpg

DARI kiri, Musa, Akhmadi, Mohd. Arif dan Ahmad Faizul bersama ibu masing-masing ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam

ne_03.2.jpg

KERATAN Kosmo! 16 November 2009
 
Melampau punya Indon :mad:
 
Kurang ajar indon ni...Navy Malaysia tak penah buat kasar ngn nelayan diorg,tapi diorg plak lebey2...takpe2...tggu turn dia plak nnt..
 
memang ABRI ni kurang ajjarr ... kawan abang aku dulu keja dengan agensi penguatkuasa pernah kena gak.. depa tembak2 sipi kat tepi telinga ... nyaris2 ta kena ..walhal dalam malysian waters lagi ...
 
Mmg sengal ler depa nie, ingat lanun ker...
 
nak kene tau apsal dia pegi ceroboh perairan indon tu? kat area port klang tongkang2 indon yg ceroboh masuk malaysia pun ada yg kena tembak sampai tenggelam tak masuk berita pun
 
kalau datang pendatang haram masuk kasi balas 200 peluru pulak baru dia tahu...
 
ape guna ada Scorpane kalau tak guna .. bantai torpedo je kat bebudak Indon ni ..
p/s: kalau minah Indon cantik .. biar aku bantai dgn torpedo aku .. hehehe
 
Sama lah Malaysia pun sama gak. Diorg hanya menjaga keselamatan perairan negara diorg. Malaysia Maritim pun sama gak jaga perairan.

Ko ngat lanun ni ada bendera gambar tengkorak mcm dalam filem ke ? Selalunya nyamar sebagai nelayan laut dalam.

P/S: Biasa isu negara, yg reporter malaysia mesti lebih kepada nelayan malaysia, yg Reporter indon lak mesti puji Navy diorg tu je.
 
Back
Top
Log in Register