BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kalimah ALLAH di langit????

aah lah sapa2 ada info mengenai peristiwa tu silakan lah berkongsi kat sini... masa tu aku masih dalam sekolah rendah kalau tak silap aku ustad yg mengajar kami masa tu pun ada cerita kat kami dalam kelas. Aku masih ingat masa tu, memang kecoh kat sekolah kita org semua asyik cerita pasal tu...cikgu kata real memang real... apa lagi kami angguk jer lah dan ikut kata cikgu... SubhanaAllah... di mana sahaja anda berada.
 
Salah satu tanda hari akhirat telah muncul - Al-Quran dah naik ke langit

Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi e-mail ini dari seorang sahabat.... fikir2kanlahh....
Petikan ini dari email saya terima : (maaf gambar x dpt saya sertakan kerana saya x tau nak attc mcmane)

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya........ salah satu tanda hari akhirat.

Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.
Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.
Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.
Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.

Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr.
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang , tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.



"Cukuplah ALlah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia,hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..."

Marilah kita bersama menjadikan amalan membaca al-quran sesuatu yg "wajib" di isi dlm kehidupan seharian kita... moga2 di akhirat nanti syafaat al-quran akan membantu kita...
 
Aku rasa nak kongsi bersama tentang pengalaman ini...
Semasa aku sekolah dahulu, di Tingkatan 6 Atas, 1992...
Aku bersama rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan STPM pada malam itu telah sama-sama menyaksikan sendiri perubahan awan di langit yang membentuk pelbagai kalimah tentang Keagungan Allah Ta'ala...
Jika tidak silap, jumlah hitungan kami melebihi 21 bentuk....
Hampir 15 tahun peristiwa itu berlaku..... namun ia masih menjadi suatu pengajaran kepada diri kami sehingga kini....

sama cite nie kat sek wak dulu, cuma wak xdok asrama time tu, budak2 yg dok asrama jer yg ader nampak
 
dulu masa skolah asrama, masa prep malam aku cukup suka duduk luar kelas sbb lebih tenang (maklumlah budak nakal)

satu mlm tuh masa aku baru lepas kena tibai dgn cikgu displin aku pun duduk kat ujung koridor..

tgk langit ada membentuk kalimah LaiLahaIllalah..tapi tak lama dalam 10 minit masa member aku panggil masuk, kalimah tu dah tak wujud dah..

pastu trus insaf, tp tak lama esok nakal balik..erm aku pun kenangan tahun 1992...dah lama dah..

skang bila wish sgt nak tgk, Allah tak bagi tgk..masih nakal lagi kot.. :)
wallahualam
 
Seingat aku..Kejadian bentuk gumpalan awan itu berlaku pada tahun 1993 yang mana kalau tak silap aku masa tu berlaku di KISAS Kelang..Masa tu cuma ada dalam puluh-puluh objek saja...Selang beberapa bulan lepas tu jadi kat sekolah aku pulak kat Arau, Perlis....Nama Sekolah korang boleh cuba ingat...Sesiapa yang bersekolah di sekolah tersebut bolehlah perkenalkan diri..Aku masa tu dalam tingkatan 2..Masa tu objek kat langit ada dalam 136 objek..
 
Waktu cerita tu, aku baru masuk form 1...Insaf aku, kwn aku pun panggil aku Pak Lebai...punye la aku takut...tapi byk org kata benda tu tipu, tp aku buat iktibar sendiri je..:)
 
kalu berpeluang cuba tgk kat youtube.com cari :miracle of Allah

byk iktibar dr kisah2 yg di paparkan... satu lagi x silap tajuknya, anak Derhaka... manusia yg bertukar jd singa... gerun tgk video tu, muka manusia tp badan ke bwh dah bertukar jd bdn singa... betul2 menginsafkan diri...
 


Gambar dirakam pada 25 APR 2007, jam 7.45 di Pasir Panjang dan diterima melalui kiriman emel rakan.
 

Attachments

  • 91.6 KB Views: 13
Back
Top
Log in Register