Kalimah Allah? dari perspektif...

CG Sponsors




malkovich

Active Member
Joined
Oct 24, 2008
Messages
2,399
Reaction score
85
Points
30
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Isu penggunaan kalimah Allah makin heboh dibicarakan. Pelbagai pandangan dilontarkan dan dibahaskan. Semua ahli sibuk berbincang, samaada ahli fiqh Islan, ahli undang-undang ataupun ahli hak asasi manusia. Bagi kita, terpulang mahu mengambil pendapat siapa asalkan kita mengikut adab perbezaan pendapat dan lunas-lunas Shari'ah yang benar. Jangan terlampau beremosi sampai hendak melanggar tatacara dan adab-adab Islam.

Cuma marilah kita renungkan sebentar beberapa perkara yang timbul ekoran isu ini. Pertama, adakah semua perkara yang mubah atau harus akan kekal keharusannya tanpa boleh dipinda mengikut lunas-lunas hukum hakam Islam? Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus pada asalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Qur'an yang menceritakan bagaimana orang kafir mengaku Allah tuhan sekalian alam.

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Menurut ayat di atas, orang kafir menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan walaupun dalam masa yang sama mereka menyembah tuhan-tuhan kecil seperti berhala. Tetapi, adakah keharusan ini kekal? Jika menurut hukum perundangan Islam, setiap perkara yang harus jika mendatangkan mudarat, maka ia boleh berubah haram ataupun jika ia menjadi satu keperluan yang amat (daruriyyat) maka ia boleh menjadi wajib. Contohnya jual beli adalah harus atau mubah. Tetapi bila jual beli itu melibatkan penjualan senjata pada musuh Islam, maka hukumnya haram dan jual beli itu terbatal (mengikut sesetengah mazhab seperti Mazhab Maliki) kerana ianya mendatangkan mudarat pada ummat Islam apabila senjata yang dibeli akan digunakan untuk membunuh ummat Islam yang dimusuhi. Begitu juga isu penggunaan kalimah Allah ini. Jika dibenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang penganut Kristian ini boleh mendatangkan mudarat atau kerosakan pada agama Islam, institusi negara atau masyarakat, maka ianya mesti dihalang. Samaada wujud atau tidak mudarat ini, pemimpin negara perlu melihat pelbagai sudut dan mengambil kira pelbagai pandangan. Bagi kita yang hanya dapat melihat satu atau dua sudut, elok hentikan bicara kerana kita akan menjurus pada tidak adil dan berlaku zalim. Jika pada hemat dan pandangan mereka yang diberi tanggungjawab untuk mengkaji isu ini mengatakan bahawa adanya mudarat, maka hendaklah dilarang.

Kemudian mari kita lihat isu adakah nama Allah sahaja isu yang besar untuk dibicarakan oleh semua lapisan masyarakat hingga dari pak cik kedai kopi hingga ke menteri di kabinet kerajaan? Bagaimana dengan isu rancangan TV yang mengisahkan cerita-cerita kurafat seperti kebesaran wali dan jin hingga boleh menyebabkan penonton percaya bahawa jin berkuasa dan adanya "hero" beserban yang boleh menumpaskan jin-jin. Cerita-cerita mengenai kepercayaan karut yang memesongkan aqidah tidak pula dibicarakan oleh mana-mana pihak hatta menteri agama negara. Bukankah cerita-cerita ini lebih bahaya dan pasti memesongkan aqidah ummat Islam di Malaysia? Mengapa tiada yang berbicara? Hinggakan ramai yang percaya tentang perkara-perkara khayalan sampai tiada lagi yang terdetik di hati bahawa tiada yang berkuasa selain Allah dan makhluk-makhluk ini semuanya lemah.

Bukankah kepercayaan pada adanya kuasa selain Allah seperti kuasa jin atau wali memesongkan aqidah? Kanak-kanak menjadi takut pada benda yang tak wujud seperti hantu hingga mereka membesar dalam kesibukan mencari ilmu bagaimana untuk menumpaskan jin. Sedangkan nabi dan ummat terdahulu, para salafussoleh, sibuk mencari ilmu untuk melindungi dan menyebar kalimah Allah dalam Al-Qur'an dan didikan Nabi dalam Al-Sunnah, bukan sibuk mencari ilmu menumpaskan jin dan bertapa di dalam gua. Mengapa tiada bantahan di balai polis mengenai cerita-cerita seperti ini yang sesat lagi menyesatkan? Adakah nama tuhan itu menjadi rebutan dan Aqidah menjadi jualan?

Kemudian, bagi pengamal human rights yang beragama Islam, ingin ditegur agar perbetulkan konsep hak asasi manusia anda. Sebagai Muslim, hukum yang pertama perlu dipatuhi dalam segenap sudut hidup ini adalah Al-Qur'an dan Al-Sunnah dan bukan hukum Human rights. Tundukkan konsep human rights pada ketuhanan dan ke-Esaan Allah dan bukan menundukkan hukum Shari'ah pada keinginan human rights. Jangan hanya dengan satu ayat di atas menceritakan keharusan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kamu jadikan seolah-olah ianya wajib bagi kita untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Terdapat pelbagai ayat hukum dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta qawaidh fiqhiyyah yang mesti diguna pakai sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan jadikan ini sebagai platform untuk memasukkan konsep human rights barat ke dalam kehidupan ummat Islam. Jika hendak perjuangkan hak asasi manusia, buangkan sikap ketuhanan kamu pada barat dan tunduklah pada hak asasi manusia yang telah dijelaskan dengan jelas dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Tiada suatu hukum mengenai hak asasi tidak dibicarakan oleh Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Semuanya telah jelas dan hanya tinggal untuk diamalkan dan diajarkan pada manusia.

Inilah sedikit renungan untuk kita bersama. Semoga Allah memberikan bimbingan pada kita semua...
 
Sponsored Post

malkovich

Active Member
Joined
Oct 24, 2008
Messages
2,399
Reaction score
85
Points
30
lama btol xmenulis...if ada salah silap sila tegur yerr...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register