BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kakitangan Pejabat Pos Sila Jawab

Pagi tadi saya pergi ke Pejabat Pos ...... untuk mengeluarkan duit dividen dan bonus asb. Kakitangan yang menguruskan pengeluaran menyatakan kad pengenalan saya tidak boleh dibaca. Oleh sebab itu duit asb saya tidak dapat dikeluarkan. Kakitangan tu cakap kalau kad pengenalan tak boleh baca maka duit tak boleh dikeluarkan.

Mulalah badan ni rasa berangin. Nak keluarkan duit sendiri pun tak boleh.....apa kejadahnya. Saya pun katalah kat kakitangan tu bahawa pihak bank takde masalah pun nak keluarkan duit asb. Dia boleh jawab pergilah ke bank.

Malas nak bertekak saya ke Maybank lebih kurang 15km dr pejabat pos. Memang benar kad pengenalan saya tak boleh dibaca tp tu bukan masalah besar. Pihak bank meminta lesen memandu saya untuk dicopy.

Dan saya boleh mengeluarkan duit asb tanpa sebarang masalah.

Adakah menjadi peraturan pejabat pos macam tu atau kakitangannya yang berat tulang(pemalas). Bayangkan orang2 tua yg tidak berkenderaan/berkemampuan/uzur mengalami nasib seperti saya tidakkah mereka merasa terbeban.

Maybe dia orang baru..kekadang kita kena bersabar dan berprasangka baik...:)
 
POS - Pastikan Ori Semua
 
Pejabat pos memang x boleh keluarkan duit kalau mykad x boleh baca.

Pernah baca dulu kat pejabat pos.

Bank pulak ada kemudahan thumbprint, photostat dan sebagainya.

So pada tt jgn naik angin, tukar mykad secepat mungkin.


TQ atas cadangan bro magnesium tentang tukar mykad baru. memang mykad saya tu dah 3 atau 4 tahun tak boleh baca :):((.

tp sebelum ni takde masalah pulak keluar duit kat pejabat pos walaupun kad tak boleh baca. hari ni pulak spoil.

ps - minggu depan buat mykad baru. :)
 
disaran pejabat pos sedia satu sudut utk verify IC sebelum ambil nombor giliran....kalau tak sia2 aje tunggu lama...tapi hampeh
 
Kawan pun ada nak buat 1 surat aduan isnin ni ke HQ pos terhadap seorang Pengurus Pos.
 
takde ic mmg x leh buat pengeluaran tt.. nak buat camno.. tt kene la tukar ic tt tu..

pos malaysia x bersalah.. ic tt je problem..
 
benda kecik je ni bro..cool brader

boleh keluar duit kat bank rimau tadi terus cool :) ingatkan nak komplen kat web dia tadi. tp dah cool sikit tak jadi la.
 
boleh keluar duit kat bank rimau tadi terus cool :) ingatkan nak komplen kat web dia tadi. tp dah cool sikit tak jadi la.

dah pegang duit takkan tak cool lagi kot..:D

btw bro,sabtu ahad bank bukak tak?
aku ingat nak pegi rhb jer,pejabat pos tempat aku asik penuh je manusia..
 
mungkin lepas pukul 5 nanti baru kakitangan pos bagi respon.
 
x;eh salahkan die jgk..die ikut prosedur..

rilek n chill TT
 
Back
Top
Log in Register