masida
Fun Poster
- Messages
- 517
- Joined
- Aug 2, 2007
- Messages
- 517
- Reaction score
- 46
- Points
- 20
Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam apabila kaki kirinya terputus akibat tersepit bahagian hadapan sebuah kapal yang berhenti di jeti kayu Nanga Mujong di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi 10hb April itu, mangsa Frederick Langkan Lawrence, 21, no MyKad 940531-13-5669 dari Rumah Panjang Robin, Jalan Ridan, Melugu, Sri Aman, Sarawak sedang mengalihkan tambatan tali sebuah kapal di jeti kayu di situ.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku sedang berlangsung Program Transformasi Masyarakat Bergerak (MCTP) anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.
Jurucakap polis berkata, kejadian malang itu berlaku apabila kaki kiri mangsa tersangkut pada tali tambatan kapal yang berlabuh di situ.
Katanya, sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya yang lain telah menjerit dan memberi isyarat tangan kepada juragan kapal supaya tidak menggerakkan kapal berkenaan, namun tidak diendahkan oleh juragan terbabit.
"Akibat rempuhan kuat itu, kaki kiri mangsa kemudian tersepit di bahagian depan kapal itu dan terputus.
"Terkejut dengan insiden itu, jurugan kapal tersebut menghentikan kapal berkenaan sebelum rakan mangsa yang kebetulan berada di situ memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit," katanya.
Mengulas lanjut, pemuda malang yang masih dalam keadaan berlumuran darah itu kemudian dihantar ke hospital di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kapit di sini.
"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan keterangan daripada jurugan kapal juga sudah direkodkan," ujarnya.
