BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki ponteng puasa kantoi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Pegawai penguat kuasa meninjau sebuah kedai makan bukan Islam di Indera Mahkota 3, Kuantan, semalam.

image.jpg

Poster amaran ditampal di salah sebuah ‘port’ kaki ponteng puasa membeli makanan pada Ramadan.

KUANTAN - Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku seorang kaki ponteng puasa beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Jalan Besar, kira-kira jam 9.10 pagi, di sini, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu kantoi dengan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) apabila ditemui sedang menikmati mi goreng dan nescafe ais di bahagian belakang kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu cuba memberi alasan tidak sempat bersahur dan sakit perut ketika ditahan penguat kuasa dalam operasi pada hari pertama Ramadan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata, lelaki itu berasal dari Pekan dan bekerja di sebuah kilang di daerah sama.

“Pelbagai alasan diberikan namun kita cukup faham dengan helah kaki ponteng puasa ini.

“Operasi memantau kaki ponteng puasa ini dimulakan sejak awal pagi dan ‘port’ yang menjadi tumpuan diberi keutamaan,” katanya.

Ahmad Raffli berkata, sebanyak 10 lokasi termasuk kaunter pandu lalu restoran segera dipantau dalam operasi pagi semalam membabitkan 12 penguat kuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Kita akan terus bergerak melakukan pemantauan sepanjang Ramadan supaya kaki ponteng puasa tidak terlepas daripada hukuman.
“Selain itu, ketika operasi dijalankan, kita turut menampal poster peringatan di kedai makan bukan Islam supaya tidak menjual makanan kepada orang Islam pada Ramadan ” katanya.
Lelaki yang ditahan itu akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 iaitu denda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 48 tahun turut ditahan ketika membeli nombor ekor di premis judi di Jalan Pasar, kira-kira jam 9.30 pagi.

Lelaki berkenaan ditahan penguat kuasa ketika sedang khusyuk menulis nombor pada borang yang dibeli.

Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM2,000 atau dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/kaki-ponteng-puasa-kantoi-1.181135
 
dah kena cekup ... alasan yg guna sangat la cliche... bijak2...
 
alasan tidak sempat bersahur dan sakit perut ?????

Senang benor. Kalau sakit pon tak payah la makan dekat kedai.

Bungkus bawak balik rumah. Makan sorok2.

Ni tunjuk hero makan dekat kedai.

Umur dah 29 tapi alasan tak nak puasa macam budak 9 tahun..APTB
 
eh!xtau lak surat khabar pn gne bahasa rojak..blh lak gne kantoi..adoi laa..
 
aku kalau bulan lain tak makan pagi krukk2 perut..
kalau puasa je tak bunyi pun..wpun kadang2 termiss sahur..
apa jenisla diorang ni..
 
tak puasa satu hal..selamba beli makan lagi satu

pulak main bedal beli kt kedai cina

beli maggi makan kt rumah xbole ke
 
elok klu diarak naik lori tampal kt bdn 'saya x puase'..
baru ade malu sikit..
 
Back
Top
Log in Register