abang mamak
Fun Poster
- Messages
- 726
- Joined
- May 6, 2010
- Messages
- 726
- Reaction score
- 11
- Points
- 15
KOTA BHARU - Niat tiga sahabat dengan menjadikan seorang wanita sebagai kakak angkat menerima padah apabila mereka menjadi mangsa tipu dengan masing-masing kehilangan barangan peribadi yang berharga.
Ketiga-tiga mangsa berkenaan yang menuntut di sebuah kolej kejururawatan di sini mendakwa menjadi mangsa pukau wanita berkenaan yang menyatakan dirinya sebagai doktor pakar di sebuah hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Hasil dari pujuk rayu wanita berkenaan, dua dari penuntut berkenaan kehilangan komputer peribadi manakala salah seorang daripadanya kehilangan telefon bimbit yang kesemuanya bernilai lebih dari RM,3000.
Salah seorang mangsa berkenaan, Norshuhada Zulkifli, 19, berkata perkenalan dengan wanita berkenaan bermula di laman sosial sehingga ketiga-tiga mereka bertemu di sebuah pasar raya terkemuka di sini.
Katanya, selepas sebulan berkenalan, wanita berkenaan meminta pertolongan daripadanya untuk meminjam telefon bimbit setelah mendakwa telefon miliknya diragut seorang lelaki.
“Saya menyerahkan telefon berkenaan tanpa syak wasangka, malah tidak menyangka perkara negatif akan berlaku kerana perwatakan, pakaian dan wajahnya menunjukkan wanita itu seorang yang sangat baik, agak mustahil untuk mengatakan bahawa wanita itu telah menipu,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Pangkalan Chepa, semalam.
Bagaimanapun Norshuhada berkata, dia mula berasa ada sesuatu yang tidak betul berlaku apabila wanita berkenaan sering kali berdalih apabila dia ingin meminta kembali telefon dan komputer berkenaan.
“Dia hanya berkata barangan tersebut berada di HUSM dan akan memulangkan dalam masa terdekat, tetapi sehingga hari ini dia tidak memulangkan malah sudah tidak menjawab telefon,” katanya.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Nordiana Mustafa,19, berkata, dia sanggup menyerahkan komputer peribadi kepada wanita berkenaan yang ingin menolong membaiki kerosakan kecil di komputer tersebut.
“Wanita itu sangat beria-ia untuk membantu kami membaiki komputer itu, katanya ia dapat disiapkan dalam masa sehari sahaja, tetapi sehingga hari ini dia tidak memulangkan, tidak sangka pula ada wanita ada niat lain di sebalik itu,” katanya.