BTC USD 81,394.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Kaka masih menaruh harapan

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
SAO PAULO - Kaka menegaskan bahawa dia telah bekerja keras untuk mendapatkan semula kepercayaan pengurus Real Madrid, Jose Mourinho.

Pemain tengah kelahiran Brazil itu berkata, dia tidak akan berputus asa untuk kembali dalam kesebelasan utama kelab gergasi Sepanyol itu.

Dalam satu temu duga bersama Globo TV di Brazil kelmarin, Kaka mengakui, dia mempunyai hubungan profesional berdasarkan perasaan hormat bersama Mourinho.

"Saya seringkali menghormati dan tidak pernah mempersoalkan keputusannya," kata Kaka.

"Saya rasa, semua pemain menganggap ia sebagai sesuatu yang normal sekiranya jurulatih mempunyai keyakinan yang lebih kepada pemain lain. Namun, dia menjelaskan bahawa jika saya kekal di kelab ini, dia akan menghormati saya dan memberikan saya lebih banyak peluang seperti mana yang dilakukan kepada pemain lain."

Mourinho meletakkan Kaka selaku pemain simpanan tahun ini dan dalam banyak perlawanan, dia tidak meletakkan pemain Brazil itu dalam senarai pemain simpanan.

Kaka berkata, dia berharap kerja keras yang dilakukannya selama ini akan berbaloi.

"Saya sampai lebih awal pada sesi latihan dan saya berlatih sendiri sebelum menyertai rakan sepasukan yang lain," kata Kaka.

"Saya rasa, satu-satunya cara untuk saya memperoleh semula adalah dengan berlatih lebih banyak berbanding pemain lain dan itulah yang saya lakukan."

Dalam masa yang sama, Kaka menafi laporan media Sepanyol yang mendakwa Mourinho memanggilnya dan memberitahu dia perlu mencari kelab lain.

"Pertemuan itu berlaku tetapi dialog yang diterbitkan tidak betul," kata Kaka.

"Pertemuan itu berlaku. Jadi, kami bersetuju dengan strategi perpindahan pemain, strategi yang baik buat saya dan kelab." - AP
 
blah la kaka ke tempat lain.. tak pun masuk milan balik .. confirm dia menyesal pindah ke madrid kalau still kat milan dah jadi captain dah sekarang .. sesapa yg blah dari milan pasti kena sindrom down terus.. duk madrid pun tak guna gak.. team pakar hancurkan karier pemain.. :D:D
 
dtg malaysia la..nnt leh nyanyi duet dgn zizan..
 
eloknya kaka blah je gi club lain....
nampak sikit perann dia....
ni kat bangku simpann....masuk pun 15,10 @ 5 mnt...
 
Back
Top
Log in Register