BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaji tarik subsidi gula

megatterawis

Active Member
Messages
1,069
Joined
Aug 12, 2009
Messages
1,069
Reaction score
19
Points
30
IPOH: Pemberian subsidi gula mungkin ditarik balik selepas kerajaan mengkaji semula kewajaran pemberiannya kepada masyarakat yang dilihat banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menolak kemungkinan penarikan semula subsidi itu selepas mendapati kesihatan rakyat di negeri ini semakin merosot ekoran kadar pengambilan gula yang tinggi.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, hingga kini barang kawalan itu masih dijual dengan harga RM1.45 sekilogram dan tidak mengalami perubahan mahupun kenaikan harga.

“Kerajaan memperuntukkan hampir RM720 juta setahun untuk memberihttp://www.carigold.com/portal/forums/images/smilies/happy.gif subsidi gula kepada rakyat kerana pada ketika itu kerajaan memikirkan ia demi kebaikan selain tidak mahu membebankan rakyat.

“Namun, apabila melihat banyak implikasi buruk, kerajaan menimbang semula kewajarannya dan rakyat perlu faham ia adalah demi kebaikan rakyat,” katanya kepada media selepas Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di Plaza Tol Ipoh Selatan.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Perumahan, Pengangkutan Awam, Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon

Katanya, sudah tiba masanya masyarakat berubah ke arah pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula kerana ia akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
 
alasan baik punye... 'kesihatan' ... korang dah scam duit2 rakyat malaysia.. duit sampai xde.. pandai pusing sana sini...
 
Bila berkaitan rakyat semua akan merugikan negara.... nak sponsor team F1 yang x berfaedah tuh ada lak duit????


Haram punya Kerajaan...
 
Bila berkaitan rakyat semua akan merugikan negara.... nak sponsor team F1 yang x berfaedah tuh ada lak duit????


Haram punya Kerajaan...

tu lum jamuan2 depa... yg skit2 jamuan.. skit2 jamuan.. bukan main ratus2... :(scam
 
Apa kejadah alasan nieee? Bebudak sekolah nak bagi alasan mandi sungai pun bg alasan lagi konkrit~ Betul mental takde kelas la puak puak nie....
 
gula kat KK pun macam dah kehabisan stok...
semua dah pakat sorok2 musim perayaan.... :(( :((
 
Back
Top
Log in Register