eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mencadangkan agar institusi keagamaan di Selangor diserahkan kepada individu yang mempunyai latar belakang dalam ilmu agama.
Menurutnya, apabila institusi keagamaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dikendalikan oleh orang yang mempunyai ilmu agama, institusi agama tidak akan dibenarkan untuk diperalatkan oleh mana-mana parti politik.
“Saya ingin mencadangkan supaya jawatan-jawatan seperti itu supaya ia bebas daripada pengaruh politik, letak orang yang ada ilmu supaya bila dia bercakap, orang boleh percaya.
“Saya nak cadangkan supaya jawatan-jawatan seperti ini diberikan kepada orang yang ada kelulusan. Kalau boleh prosesnya perlu lebih telus supaya kita boleh menentukan ia tidak disalah gunakan demi kepentingan mana-mana parti politik,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menyatakan bahawa keputusan menghentikan tauliah sementara kepada Khalid disebabkan bacaannya yang tidak mantap.
Khalid dalam reaksinya berkata, tidak ada aduan yang diterima daripada mana-mana ahli kariah, tempat beliau menyampaikan khutbah, tazkirah atau kuliah bagi membuktikan beliau tidak layak disebabkan bacaan yang tidak mantap.
“Saya ingin mengingatkan bahawa saya sudah mendapat tauliah sementara sejak Julai 2008, dan dalam tempoh setahun lebih bermula Julai 2008 hingga hari ini, langsung tidak kedengaran apa-apa masalah atau aduan berhubung khutbah, kuliah dan tazkirah yang saya sampaikan, sama ada daripada Jais mahupun daripada ahli kariah.
“Hakikat bahawa tidak ada apa-apa aduan terbukti dengan adanya jemputan. Sehingga Ramadan tahun lalu dan tahun ini, memang setiap malam paling kurang satu, kadangkala dua atau tiga jemputan tazkirah di tiga surau atau masjid yang berlainan dalam tempoh satu malam,” katanya.
Menurutnya, beliau berasa amat pelik kerana pada asalnya aduan yang diterima yang mengatakan bahawa penarikan tauliahnya berasaskan laporan daripada pihak polis yang mengatakan bahawa beliau tidak melepasi tapisan keselamatan.
“Saya lihat, kemampuan saya menyampaikan khutbah dipertikaikan selepas saya membuat kenyataan bahawa tauliah ditarik balik atas sebab tapisan keselamatan dan saya mengatakan itu adalah atas sebab-sebab politik.
“Kenyataan yang beliau keluarkan agak pelik dan diragui keikhlasan dan objektivitinya kerana kelihatan seolah-olah ingin menutup kelemahan Jais, khususnya bagi pihak pengarahnya yang selama ini memang tidak menerima apa-apa aduan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid menafikan bahawa beliau mendesak Khusrin untuk melepaskan jawatan sebagai Pengarah Jais.
“Saya rasa kalau nak suruh dia letak jawatan, mungkin dia tidak akan letak jawatan. Tetapi saya harap Kerajaan Negeri boleh menentukan garis panduan yang baru, pertama, orang yang menjawat jawatan sebagai pengarah badan yang menjaga agama sama ada Jais, atau dengan perkenan sultan Selangor, Mais itu sendiri, biarlah orang yang mempunyai latar belakang agama.
“Selangor kaya dengan ulama-ulama yang berwibawa dan mampu, kenapa nak mengekalkan badan-badan agama diletak di bawah orang-orang yang tidak begitu arif, dengan tuntutan agama itu sendiri,” katanya.