balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SUNGAI PETANI - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Kuala Muda memohon kerajaan mengkaji semula bayaran pencen diterima pesara agar sesuai dengan keadaan ekonomi masa kini.
Pengerusinya, Mohd Akhir Abdullah berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat menaikkan kadar pencen sedia ada sebagai menghargai jasa mereka yang berkhidmat sepenuh jiwa dan raga suatu ketika dahulu.
Menurutnya, ramai ahli hanya bergantung harap kepada pencen bagi menyara kehidupan selepas tamat perkhidmatan, tetapi ada antara mereka terpaksa mencari pekerjaan sampingan walaupun sudah berusia berikutan kos sara hidup semakin meningkat.
“Kita harap permintaan ini mendapat reaksi positif daripada pihak kerajaan,” katanya ketika menghadiri Majlis Minum Petang dan Santai PPKM Kuala Muda di Hotel Seri Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Sungai Petani, Mejar Datuk Abdul Rahim Saad.
Beliau turut menyarankan agar lebih ramai pesara kerajaan mendaftar sebagai ahli PPKM agar sama-sama dapat memperoleh manfaat.
“Buat semua pesara yang belum mendaftar, jomlah sama-sama jadi ahli. Melalui persatuanlah kita dapat tahu masalah yang dihadapi. Kita bantu utarakan agar permasalahan itu dapat diatasi bersama.
"Selain merapatkan hubungan, ahli juga dapat bertanya khabar dan saling mengambil berat," katanya.
Sebarang urusan berkaitan boleh dilakukan di pejabat PPKM Kuala Muda di No 116B Jalan Petani atau berhubung terus di talian 012-4012017 (Mohd Akhir) dan setiausaha (019-4720706).
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kaji-semula-bayaran-pencen-1.602915