BTC USD 82,657.3 Gold USD 4,187.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajang CGrians

arini je da abis 3/4 gaji aku...
 
x kuar pon abis..
main transfer2 je
 
jom geng2 kajang kita meriahkan program ni

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT CARIGOLD​

Latarbelakang:​
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Carigold.com sebagai sebuah platform bagi forumer bersama-sama mencurahkan khidmat bakti masyarakat bagi golongan yang memerlukan, maka dengan ini timbulnya cadangan dari beberapa forumer bagi mewujudkan thread ini. Diharap thread ini akan mendapat sambutan yang baik dan memberangsangkan daripada forumer sekalian.:D :D :D

Objektif:​
1. Menggalakkan penglibatan & penyertaan forumer di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.:)cgrock
2. Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan forumer di samping mewujudkan budaya semangat perpaduan.:)paid
3. Meluaskan prospek perhubungan sosial di samping menambahkan pendapatan di kalangan forumer.<---serampang 2 mata ni :p :)paid

Kumpulan Sasaran:​
Terbuka kepada semua forumer.​

Keanggotaan:​
Tiada jawatankuasa tetap tetapi forumer yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat adalah amat dialu-alukan untuk menjadi ahli penganjur yang mana selepas ini akan dikenali sebagai 'panganjur' yang akan bertanggungjawab menguruskan setiap program yang bakal dijalankan.

Walaubagaimanapun, penganjur hendaklah tidak kurang daripada 10 ahli yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan berikut bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar:
-Pengerusi
-Naib pengerusi
-Setiausaha
-Bendahari
-Ahli2

Pemilihan Penganjur:​
Secara sukarela ataupun dengan penamaan calon oleh forumer (dengan syarat mendapat persetujuan oleh calon)

*penganjur dibenarkan bertukar anggota bagi program yang berlainan.

Penajaan:​
Forumer adalah amat dialu-alukan bagi menaja atau memberi sumbangan dalam sebarang bentuk sumbangan samada wang tunai, barangan, buah fikiran dan lain-lain. Walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah sumbangan tenaga bagi menjayakan program amal khidmat masyarakat ini dengan setulus hati.

Program/Aktiviti:​
1. Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim (cadangan oleh didi_osaka)
2. Melawat Rumah2 Orang Tua (cadangan oleh L.O.V.E)
3.

SEKIAN. TERIMA KASIH.​


Harap Dann menyambut baik idea untuk menganjurkan program amal ni:D :D :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
​


Program Pertama : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim
RUMAH SIRAMAN KASIH, RAWANG

http://www.ummuain.com/rumahamal.htm
http://www.ummuain.com/rumahsiramankasih.htm
Makan.jpg

Objektif:
1. Untuk mengumpul dana supaya dapat disalurkan kepada rumah anak yatim
2. Untuk meyediakan persiapan Aidilfitri bagi penghuni rumah anak yatim.
3. Untuk mengeratkan silaturrahim dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang sangat memuliakan anak2 yatim dan suka memberi makan fakir miskin.


Senarai Ahli Penganjur :

Presiden: erDrAg00n

Naib presiden: tengkubasri

Setiausaha: (kosong)

Bendahari: JaMeQ

Ketua Biro Kutipan Sumbangan: (kosong)
i) Mengadakan kutipan.
ii)Merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendapatkan sumbangan dan derma.

Ketua Biro Pengurusan Sumbangan: (kosong)
i) Menyusun dan mengatur hasil kutipan sumbangan dan derma.
ii)Menguruskan tempat penyimpanan sumbangan yang diterima.

Ketua Biro Pengangkutan: (kosong)
i)Mendapatkan pengangkutan untuk membawa hasil sumbangan dan derma ke rumah anak yatim.

Ketua Biro Perhubungan: (kosong)
i) Menjadi penghubung kepada ahli kelab.
ii)Menguruskan perihal berurusan dengan syarikat yang ingin memberikan sumbangan

Ahli2 Penganjur: eLLYaNa, L.O.V.E, cput77, didi_osaka (mc), akuinsan, marlen83, building

Program/Aktiviti:
-Lokasi : RUMAH SIRAMAN KASIH, No.18-1, , Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor D.E.
-Tarikh :
-Masa :
-Aktiviti :
a. sesi beramah mesra bersama penghuni rumah anak yatim yang diraikan
b. membersihkan kawasan rumah anak yatim
(aktiviti penuh akan diputuskan selepas mesyuarat)

Statistik Penghuni:
-Bilangan: 25 lelaki, 20 perempuan
-Umur: 7-12 tahun

Mencari Sponsor:
- Hamper
- Cenderahati (kerongsang/butang baju melayu)
- Goodie Bag (isi kurma, air kotak & cenderahati di atas)
- Banner : L.O.V.E
- Sampul Duit Raya : Pakcik Kordi (dengan design lambang CG)
- Kanopi & Kerusi Meja
- Caterer


Cadangan Barangan Yang Boleh Disumbangkan:
-Barang-barang keperluan dapor: beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya.
-Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan RSK dan boleh melihat bersama keperluannya.
-Barangan Keperluan Diri (sabun, syampu, ubat gigi, sabun cuci dsb)
-Pakaian
-Kelengkapan sekolah

Senarai Peserta Majlis Berbuka Puasa:
1. uTJoe
2.





Kepada Individu/Pertubuhan Yang Berminat Untuk Memberikan Sumbangan Ikhlas, Bolehlah Berbuat Demikian.
Berikut Adalah Butir Akaun:
​

CIMB
1444-0005522-526
MUHAMMAD YUSRI BIN MUHAMMAD
012-2115572
​

Sila pm/sms dan nyatakan amaun serta no rujukan kepada saudara JaMeQ setelah transaksi dibuat. Maklumat anda akan dirahsiakan. Sekian, terima kasih.

Jumlah Sumbangan Setakat Ini:
sehingga 19 Ogos 2008
RM 100
​

jom ramai2 kan program ni

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=47320
 
malam nih blh join skali dkt mattop....
 
ello geng2 kajang..

la ni kami berada di kedai limau nipis depan PKNS kalu sudi jom la join..
 
jom geng kajang @ bangi...

kitaorg tgh meeting dkt kedai d'limau nipis... mai la jenguk kitaorg dkt sini :p

ada dkt 16 org tgh bermesyuarat nih... mari meramaikan lg...
 
jom geng kajang @ bangi...

kitaorg tgh meeting dkt kedai d'limau nipis... mai la jenguk kitaorg dkt sini :p

ada dkt 16 org tgh bermesyuarat nih... mari meramaikan lg...

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

xde ke geng2 kajang n bangi on9 mlm ni
 
Back
Top
Log in Register