BTC USD 81,373.9 Gold USD 4,124.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KAHWIN UNTUK MENUTUP MALU?renung2kn

kenshi27

Fun Poster
Messages
552
Joined
Sep 21, 2007
Messages
552
Reaction score
32
Points
20
KAHWIN UNTUK MENUTUP MALU?

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan?

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila, Nauzubillah.

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1:
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2:
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3:
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

Jawapan: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5:
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6:
Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 :
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 :
Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9:
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang
untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
taraf.

Tolong jangan abaikan ini. Ini merupakan satu perkara yang sangat serius!

jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
 
Ni semua berlaku sebab lelaki nak bertanggungjawab. Cuba tidak mahu, tentunya kes kahwin perempuan ngandung luar nikah tidak berlaku. Kelapa yg dah ditebuk tupai tak perlu lagi nak cover dengan muskin tape.
 
KAHWIN UNTUK MENUTUP MALU?

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan?

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila, Nauzubillah.

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1:
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2:
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3:
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

Jawapan: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5:
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Persoalan 1 hingga 5 ni terpesong jauh dari apa yang aku belajar sebelum ni..:-?:-?

TT, boleh saya tau Imam mana yang mengajor macam ni..??:-?:-?
 
Last edited:
rasa den byk kes yg kawen mcm ni..adess nauzubillah.
 
Persoalan 1 hingga 5 ni terpesong jauh dari apa yang aku belajar sebelum ni..:-?:-?

TT, boleh saya tau Imam mana yang mengajor macam ni..??:-?:-?

itu aku pun pelik... apa aku dengar dulu dari ustaz, kalau nak kahwin boleh.. tapi ada tempoh tertentu untuk anak tu bin kepada kita..(aku dah lupa jgak berapa tempoh tu)

lepas dari tempoh tu, kalau kawin jugak..anak tetap anak haram jugak...

betulkan kalau salah
 
nape lak yek?

:D :D :D
 
aku MUSYKIL..
bleh bg sumber yg dirujuk? :-?
risau kalo bnda yg dirujuk ni bg kesan yg besar kpd masyarakat..
 
itu aku pun pelik... apa aku dengar dulu dari ustaz, kalau nak kahwin boleh.. tapi ada tempoh tertentu untuk anak tu bin kepada kita..(aku dah lupa jgak berapa tempoh tu)

lepas dari tempoh tu, kalau kawin jugak..anak tetap anak haram jugak...

betulkan kalau salah

betul tu bro..
Perkahwinan itu SAH..
tapi untuk menentukan anak itu dibinkan kepada suami, tempoh perkahwinan itu hendaklah dalam tempoh yang tertentu.

kalau lebih dari tempoh itu, anak itu hendaklah dibin/ bintikan kepada Abdullah. Maka jadilah ia anak Tidak Sah Taraf..:(:(
 
Back
Top
Log in Register