BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kahwin sebelum dihukum tembak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



JAKARTA 28 April – Hari-hari terakhir buat satu daripada dua banduan warga Australia yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan dadah, digunakan sebaik-baiknya apabila dia dilapor sempat berkahwin dengan tunangnya di penjara Pulau Nusakambangan, semalam.

Andrew Chan yang bakal menjalani hukuman tembak awal pagi ini bersama lapan banduan lain, sempat mengahwini teman wanitanya, Febyanti Herewila di dalam sebuah gereja kecil di penjara itu semalam dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Perkahwinan itu menurut Mail Online dilangsungkan beberapa bulan selepas Chan melamar Febyanti Februari lalu. Banduan itu mengenali kekasihnya tiga tahun lalu semasa dia masih berada di Penjara Kerobokan, Bali.

Febyanti dilapor segera menerima lamaran Chan meskipun dia sedar akan hakikat bahawa lelaki itu akan dihukum mati selepas pengampunannya ditolak Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Dalam perkembangan berasingan, Chan dan seorang lagi banduan Aurtralia, Myuran Sukumaran yang menjalani hukuman tembak itu sempat dikunjungi oleh ahli keluarga mereka buat kali terakhir dalam satu pertemuan yang berlangsung penuh emosi di Pulau Nusakambangan, hari ini.

Ahli keluarga Chan dan Sukumaran dikerumuni pihak media sejurus mereka tiba di pulau itu dan keadaan bertukar sedikit kecoh selepas kakak kepada Sukumaran jatuh pengsan sehingga perlu dipapah ahli keluarganya.

Ibu kepada Chan dilapor mula menangis teresak-esak ketika dia menaiki feri menuju ke Pulau Nusakambangan bersama peguamnya, Julian McMahon.

Malah, Sukumaran dilapor dinafikan peluang untuk memeluk ibunya tanda ucapan selamat tinggal selepas pengawal keselamatan enggan membuka garinya, lapor Daily Telegraph.
 
ritu ingtkn dah kena tembak dah...niebaru jadi kot ..
 
hukuman tembak dekat sana sama mcm dengan hukuman gantung jugak ke dibuat pd awal

pagi selepas subuh?
 
tngo brita tadi jam 12 tngah malam dah kena tmbak..semua 9 orang..
 
Back
Top
Log in Register