BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kahwin lewat sukar hamil

BOCK

Legendary Member
gem
Messages
17,853
Joined
Sep 3, 2007
Messages
17,853
Reaction score
59
Points
120
oleh : Dr. ismail Thamby

Kahwin lewat sukar hamil

KEMUNGKINAN hamil untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, terutama yang ingin cepat dapat anak, ialah 15 hingga 20 peratus.

Ini membabitkan kekerapan hubungan seksual antara tiga hingga empat kali seminggu atau lebih dan dilakukan pada waktu wanita itu subur.


Peratusan ini menurun kepada 10 hingga 12 peratus selepas enam bulan perkahwinan dan menurun lagi jika pasangan itu masih gagal mencapai kehamilan.

Jadi, dalam masa setahun atau enam bulan untuk pasangan yang kahwin lewat, jika tiada tanda hamil, mustahak untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Mendapat nasihat profesional daripada mereka yang tidak bertauliah adalah amalan berbahaya. Jika terpengaruh dengan cerita dongeng, ia boleh menimbulkan perbalahan dalam rumah tangga.

Bagi pasangan berumur, hanya melalui pemeriksaan doktor baru boleh tahu sama ada air mani pasangan lelaki mengandungi sperma mencukupi, berbentuk normal dan aktif atau sebaliknya.

Lelaki berumur mengalami perubahan kepada fungsi ereksi serta ejakulasi dan perubahan ini semula jadi. Lelaki berumur mengambil masa untuk mencapai ereksi dan kekuatan ereksinya tidak sama seperti ereksi ketika muda, walaupun ia mencukupi untuk masuk ke dalam faraj.

Pancutan air mani lelaki berumur kurang berbanding tekanan ejakulasi lelaki muda. Air mani lelaki berumur lebih cair dan kekuningan. Ini bukan masalah, tetapi hanya perubahan fizikal air mani. Daripada warna air mani, tidak akan tahu kesuburan air mani itu.

Banyak lelaki tidak tahu masalah kesuburan lelaki berkaitan dengan sperma mengambil masa lama untuk pulih kerana ubat yang diberi untuk pemulihan benih hanya dapat diketahui keberkesanannya selepas tiga bulan.

Kadangkala rawatan itu memerlukan dua hingga empat putaran dan boleh mengambil masa hingga setahun. Jadi, lagi cepat diperiksa doktor, lagi cepat masalah sebenar dapat dikesan dan rawatan sewajar diberi.

Jika lambat, masalah lain pula timbul seperti mati pucuk atau masalah andropause, selain kemungkinan penyakit kronik pula seperti tekanan darah tinggi dan diabetis yang memberi kesan buruk kepada fungsi syahwat dan kesuburan lelaki.

sape yang bujang-bujang tu cepat-cepat ler kawin :D
 
ha??

esok jugak nk kawen kalo cmni...
 
Berumur Tu Kategori Umur Berape Ek????
26 Ke Atas Tu Dah Lewat Ke Ke?
 
maknanya kawin masa 28 or 29 thn la..nak keje dulu baruleh kawin:D

kalo wat lelaki, masih ok....masih ranum....
kalo wat ompan......agak lewat dah tue.....
 
Back
Top
Log in Register