BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kahwin diri sendiri gara-gara frust bercinta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


TIDAK tahan dengan hubungan cinta yang sering kecundang, seorang wanita mengambil langkah luar jangkaan mengahwini dirinya sendiri di hadapan 50 tetamu yang hadir pada majlisnya.

Grace Gedler melamar dirinya sendiri di Parliament Hill, utara London pada November lalu dan akhirnya mengahwini dirinya sendiri pada Mac lalu.

Menurut laporan Metro.uk, tindakannya diinspirasikan oleh sebuah lagu dari penyanyi, Bjork yang bertajuk ‘My name’s Isobel, married to myself’.

Gedler yang menyendiri sejak enam tahun lalu, mengambil keputusan untuk membina perhubungan cinta yang dikatakan kekal abadi, iaitu dirinya.

Majlis perkahwinannya yang disaksikan oleh rakan-rakan dan adiknya berakhir dengan ciumannya pada sebuah cermin.

Menurut Gedler, dia masih waras sewaktu mengumumkan perkahwinannya.

“Saya sangat selesa dengan motivasi diri saya. Saya telah melalui sebuah perjalanan hidup dengan perkembangan peribadi yang baik seperti meditasi untuk meningkatkan prestasi dan kesedaran diri saya.

“Saya juga telah mengikuti satu program Shakti Tantra dengan memberi tumpuan kepada seksualiti dan juga mempelajari cara untuk membuat perjanjian dengan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Seperti bakal pengantin lain, Gedler dikatakan kelihatan gelisah pada hari perkahwinannya.

Bagaimanapun majlis tersebut dikatakan berjalan dengan lancar dan Gedler kini tidak lagi menyendiri.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/kahwin-diri-sendiri-gara-gara-frust-bercinta-1.323610
 
diri dia mmg dah lama kahwin dgn diri dia ponnn
 
buat kuku putih camtu ada pensel dia

saje nak bgtau...
 
org bujang mmg selalu buat sendiri eh kahwin sendiri
 
Back
Top
Log in Register