BTC USD 81,467.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kagum dgn sikap PakLah

aku akan kagum ngan pak lah klo hari2 dia ulang alik g sana sini naik kenderaan awam..hari2 makan kat gerai..guna tandas awam..tp skadar kagum je la..nk lg kagum dia resign cpat2..:D(mmg berjiwa rakyat!)
 
sapa lagi yg kagum ngan bedol ni? rasanya selain dari cipan, tenuk dan zirafah dah takde kut.
 
muka mcm terseksa jer masa naik..tu baru sekali,siap ada bodigad lg yang jga.. kalu aku ada time tu memang aku dah tolak dia bg jatuh tergolek..

berjiwa rakyat la sangat..
 
Paklah naik Lrt boleh kagum ke???ish..ish..ish, Kehidupan Tuan Guru Nik Aziz yang sederhana tidak jauh berbeza dengan rakyat biasa tak de sapa pulak yang kagum... ni baru sehari naik Lrt dah nak kagum???

Nik Aziz naik mercedes sbg kenderaan rasmi

Pak Lah guna proton perdana Eksekutif je..
 
BETAPA sebagai anggota rakyat marhaen saya merasa bangga apabila melihat Perdana Menteri sanggup berdiri bersama orang ramai atas komuter KTM dan sistem transit aliran ringan (LRT)ketika membuat tinjauan ke atas perkhidmatan awam itu. Sikap itu menunjukkan kerendahan diri seorang perdana menteri, walaupun kita tahu ia adalah satu tinjuan beliau ke atas kedua perkhidmatan awam berkenaan.

Abdullah boleh duduk selesa di kedua perkhidmatan itu. Hubungi saja pihak berkuasanya mereka akan aturkan tempat duduk selesa. Tatapi Abdullah tidak berbuat demikian kerana beliau ingin melihat sendiri kesusahan rakyat dan apa yang sebenarnya berlalu.

Terima kasih diucapkan kepada Abdullah. Sekiranya semua menteri kabinet dan pembesar negara termasuk raja-raja bersikap seperti Abdulah, nescaya mereka akan mendapat maklumat sebenarnya mengenai kesusahan nrakyat. Tidak hanya mendengar laporan daripada pegawai yang sudah tentu ada kerencungan dalam memberi maklumat.

Apabila Abdullah sendiri bergayutan dan berdiri atas komuter dan LRT maka beliau tahulah betapa susah dan perihnya rakyat awam. Para pegawai kerajaan yang berulang alik dari rumah ke pejabat, turun rumah selepas Subuh dan balik ke rumah menjelang Isyak.

Cara Abdullah itu juga beliau boleh berintrkasi langsung dengan orang ramai. Bertanya kesusahan mereka. Dalam kesempatan itu bukan saja soal fasal perkhimdatan itu sering kali tergendala dan tidak selesa tetapi masalah-masalah lain juga.

Selepas ini baik juga kalau Abdullah turun ke pasar-pasar awam di Chow Kit Road, Selayang, Keramat, Kajang, dan sebagainya untuk mengetahui masalah rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang dan sebagainya.

Beliau juga boleh menjenguk kounter-kounter pesakit luar di hospital Kuala Lumpur, peniaga pasar malam, setesen bas atau bertanyakan macam mana buruh kasar yang mempunyai tujuh orang anak dua darinya mengidap sakit kronik, isteri pula diserang angin ahmar menyara kehidupan mereka sejak kenaikan harga minyak yang diumumkan beliau beberapa bulan lalu.

Apabila beliau turun sendiri dan melihat dengan mata sendiri menjadi seperti Khalifah Umar Ibnu Aziz maka akan tahulah perdana menteri itu mengenai masalah rakyat sebenarnya.

Hendaknya apa yang dilakukan Abdullah itu jujur dn bertolak daripada rasa tanggungjawab sebagai pemimpin. Jangan pula tinjauan beliau itu ada udang di sebalik batu. Ia hanya sebagai komsteik untuk menjustifikasi apa yang hendak dilakukan Abdullah.

Atau pun beliau sudah pun meluluskan sekian banyak peruntukkan kepada syarikat tertentu agar membeli gerabak, rel dan menambah kemudahan lain. Tinjauan itu hanya sebagai alasan saja walhal persiapan dan kontrek projek itu sudah pun diberikan kepada kroni.

Kalau ini berlaku alangkah hipokritnya Abdullah sebagai Perdana Menteri. Cara itu bukan simpati kepada rakyat tetapi cuba mengambil kesempatan atas masalah rakyat untuk mengisi kantung pihak lain. Cara begitu juga boleh diibaratkan kerajaan menjadikan kesusahan rakyat marhean untuk memberi kesenangan kepada segelintir para berjois yang selamanya tidak akan puas mengaut kekayaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk kesenangan sendiri.

Adalah diharap keraj dan nawaitu Abdullah itu ikhlas dan dibuat dengan penuh kejujuran dan rasa bertanggungjawab sebagai seorang khalifah. [wm.kl 9:30 am 22/08/08]

kelakau..kata org melaka...lawak,lawak,lawak:D :eek: :eek: yg ni pun kau rasa kagum..aku pun kagum ngan standard pemikiran kau wahai cik peacock:eek: :eek: :eek: :eek:dh berapa dia jd pm...baru sekarang teringat kesusahan rakyat...kenapa tidak dr dulu...citt
 
Last edited:
kagum?

I wished i could say the same thing........sebab mengapa tak boleh? 1. pilihanraya permatang pauh
2. ramainya pegawai yang mengikut
3. siap TV3 pun ada

Ingatlah di dalam islam, kalau nak buat kebaikan tu........"tangan kiri pun tak tahu apa tangan kanan buat"........ini tak..bukan jer tangan kiri............satu malaysia pun tau...

Nice try! Try again............with this conditions 1. no escorts
2. no pilihanraya in the corner
3. no TV
4. only u and rakyat
5. make it a routine
if you do.........you :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock

keikhlasan dan kebaikan, cukuplah hanya ALLAH SWT DAN MALAIKAT KIRI KANAN jer yang tahu.......
 
kagum?

I wished i could say the same thing........sebab mengapa tak boleh? 1. pilihanraya permatang pauh
2. ramainya pegawai yang mengikut
3. siap TV3 pun ada

Ingatlah di dalam islam, kalau nak buat kebaikan tu........"tangan kiri pun tak tahu apa tangan kanan buat"........ini tak..bukan jer tangan kiri............satu malaysia pun tau...

Nice try! Try again............with this conditions 1. no escorts
2. no pilihanraya in the corner
3. no TV
4. only u and rakyat
5. make it a routine
if you do.........you :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock

keikhlasan dan kebaikan, cukuplah hanya ALLAH SWT DAN MALAIKAT KIRI KANAN jer yang tahu.......

aku setuju :)
 
Back
Top
Log in Register