BTC USD 81,986.1 Gold USD 4,127.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kada mohon

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Md Alwi meneliti mutu hasil padi yang dituai di Bendang Tegayong, semalam.​

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memohon kerajaan meluluskan penyediaan rumah pam dikenali sebagai 'skru pam' bagi memudahkan pengaliran air ke sawah terutama pada musim kemarau.
Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, cadangan pembinaan skru pam yang bernilai RM50 juta tersebut akan dibentangkan pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) diyakini akan diluluskan nanti.

"Bagi atasi masalah pengairan, ia menjadi tugas Kada, manakala Jabatan Pengairan dan Saliran pula perlu jaga saliran, jadi kita bergabung kerana pada musim kemarau, ia menyebabkan pam sedia ada tidak mampu menyedut air cetek.

"Untuk mengatasinya, kita mohon kerajaan meluluskan rumah pam atau pam skru yang boleh menyedut air sedalam dua meter dan apabila pam ini ada, kita yakin dengan rumah pam yang dicadangkan di Kemubu, ia dijangka dapat mengatasi masalah pengairan," katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Menuai Padi Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di Bendang Tegayong, Melor, di sini, semalam yang turut dihadiri Adun Melor, Dr Yusnan Yusof.

Kata Md Alwi, beberapa kawasan penanaman padi di negeri ini dikenal pasti mengalami masalah pengairan ke sawah padi termasuk di Bachok, Pasir Puteh dan Kubang Kerian yang kawasannya air cetek.

Beliau berkata, Kada juga mengakui separuh petani daripada 29,000 keluarga yang ada dikenal pasti kurang berdisiplin kerana tidak mengikuti jadual penanaman yang ditetapkan oleh pihaknya.

"Setakat ini, tiada apa-apa tindakan dikenakan kepada mereka dan kita hanya menyeru supaya mereka mengikut jadual penanaman bagi mengelak sebarang masalah.

"Bagi musim depan, kita cadang petani yang tidak ikut jadual, mereka tidak akan diberikan bekalan," katanya.

Katanya, hanya 1,400 hektar keluasan penanaman padi yang disertai di bawah NKEA dan ia belum capai sasaran sepatutnya iaitu 2,000 hektar untuk tahun ini.
 
Back
Top
Log in Register