BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Wise Malaysia Kini Di Sokong Di Apple Pay & Google Pay, Ini Cara Menambahnya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Wise, penyedia perkhidmatan kewangan digital telah bertapak di Malaysia sejak 2021. Ia menjadi pilihan ramai untuk penghantaran wang ke luar negara melalui internet, serta pembayaran di luar negara menggunakan kad fizikal dan maya yang disediakan. Kini, kad Wise telah mula diterima untuk digunakan di dalam Apple Pay dan Google Pay. Ia boleh mula dimasukkan ke dalam Apple Wallet dan Google Wallet, sebagai salah satu cara pembayaran tanpa tunai menerusi telefon pintar atau jam pintar. Semakan di ruangan bantuan Wise, ia menyatakan kad Wise yang dikeluarkan di Malaysia, ia boleh ditambah ke dalam Apple Pay dan Google Pay. Malah, kedua-dua kad fizikal dan kad maya Wise boleh digunakan.

230919-Wise-Apple-Pay-01a-1024x275.jpg

230919-Wise-Google-Pay-01a-1024x406.jpg
 

Cara menambah Wise ke dalam Apple Pay

Wise ada cara yang sangat mudah untuk menambah kad Wise ke dalam Apple Pay, menggunakan aplikasi Wise sendiri. Mula-mula, buka aplikasi Wise di iPhone. Kemudian pergi ke kad, dan pilih kad yang mahu ditambah. Akan kelihatan ‘Add to Apple Pay’ di bawah kad tersebut. Tekan padanya dan ikuti proses yang ditunjukkan. Akan ada SMS diterima untuk pengesahan.
230919-Apple-Pay-Apple-Wallet-01-946x1024.jpgKad Wise fizikal (hijau) dan maya (biru) di Apple Wallet
 

Cara menambah Wise ke dalam Google Pay

Menariknya, cara yang sama juga boleh digunakan untuk menambah kad Wise ke dalam Google Pay. Bermula dengan membuka aplikasi Wise di telefon Android. Kemudian pergi ke kad, dan pilih kad yang mahu ditambah. Akan kelihatan ‘Add to Google Pay’ di bawah kad tersebut. Tekan padanya dan ikuti proses yang ditunjukkan. Akan ada SMS diterima untuk pengesahan.
230919-Google-Pay-Google-Wallet-01-945x1024.jpgKad Wise fizikal (hijau) dan maya (biru) di Google Wallet
 
Cara Membayar Dengan Google Pay Di Malaysia

Google Wallet telah diumumkan tiba di Malaysia. Ini membolehkan peranti Android yang memiliki NFC, boleh digunakan sebagai medium pembayaran tanpa tunai. Tidak perlu lagi keluarkan kad fizikal dari dalam dompet. Pasti ramai yang tidak tahu cara untuk menggunakannya, tetapi ia sebenarnya tidak banyak berbeza dengan cara penggunaan Apple Pay dan Samsung Pay. Untuk membantu anda semua, di sini saya tunjukkan cara untuk menggunakan Google Pay di Malaysia.

A. Tambah kad ke dalam Google Wallet

Pertama sekali, kena pastikan anda memiliki kad yang serasi digunakan bersama Google Pay. Kad ini perlulah ditambah ke dalam aplikasi Google Wallet (sebelum ini dikenali sebagai Google Pay). Pastikan anda telah memasangnya di dalam peranti, atau muat turun di Google Playstore.

Selepas itu, ikuti langkah di bawah ini:
  1. Buka aplikasi Google Wallet
  2. Tekan butang ‘Add a card’
  3. Tekan pada ‘New credit or debit card’
  4. Baca terma dan syarat jika rajin dan tekan butang ‘Accept’
  5. Dapatkan pengesahan bank menerusi SMS, email atau hubungi bank
  6. Selesai, anda boleh tetapkan Google Pay sebagai mod pembayaran lalai
221115-Google-Pay-Malaysia-Wallet-langkah-01-1024x682.jpg
221115-Google-Pay-Malaysia-Wallet-langkah-02-1024x682.jpg
Anda boleh ulangi langkah ini untuk menambah kad lain ke dalam Google Wallet.
 

B. Bayar guna Google Pay

Setelah selesai menambah kad ke dalam Google Wallet, maka anda sudah bersedia untuk menggunakannya untuk pembayaran. Sebenarnya, pembayaran Google Pay diterima di semua terminal pembayaran kad kredit yang menggunakan NFC, sama seperti Apple Pay dan Samsung Pay. Anda boleh membuat bayaran tanpa kadar minima, hatta 10 sen di pelbagai tempat termasuk kedai runcit seperti 7-Eleven.

Cara untuk membayar adalah seperti berikut:
  1. Buka aplikasi Google Wallet
  2. Tekan pada kad yang mahu digunakan, ia akan menunjukkan logo G Pay dan berubah kepada logo wayarles
  3. Apabila terminal sedia menerima bayaran, rapatkan telefon ke terminal sehingga ia sah menerimanya
  4. Pembayaran selesai dan transaksi dimasukkan ke dalam ‘Recent activity’.
221115-Google-Pay-Malaysia-Wallet-langkah-03-1024x683.jpg


Google akan menggunakan nombor kad maya, bukannya nombor kad sebenar apabila membuat pembayaran melalui Google Pay. Ia dibuat untuk meningkatkan tahap keselamatan.
 

Google Pay selamat dan pantas?

Sebagai seseorang yang telah menggunakan Apple Pay dan Samsung Pay, saya agak risau kerana Google Pay tidak memerlukan pengesahan biometrik atau nombor pin sebelum pembayaran. Buka aplikasi dan tekan kad, terus boleh buat bayaran. Sedangkan di Apple Pay dan Samsung Pay, perlu mengesahkan dengan Face ID, Touch ID atau pengimbas capjari dahulu, baru boleh membayar.

Malah, tiada cara untuk melancarkan Google Pay dengan pantas. Di iPhone, anda cuma tekan butang kuasa dua kali. Di telefon Samsung pula, hanya leret dari bawah skrin ke atas untuk melancarkan Samsung Pay. Buat masa ini, saya masih belum temui berapakah had transaksi menggunakan Google Pay di Malaysia. Di Samsung Pay, ia mengikut had pembayaran tanpa sentuh bank iaitu RM250. Manakala Apple Pay, tiada had langsung. Tetapi kena ingat, paling penting adalah mengawal perbelanjaan sendiri. Jangan sebab dah senang nak bayar guna peranti, boros pula berbelanja.
 
Back
Top
Log in Register