BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad diskaun pelancongan tipu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang wanita bersama rakannya bercuti menggunakan kad diskaun pelancongan musnah apabila mendakwa ditipu syarikat jualan terbabit.

Mangsa dikenali sebagai Mimi, 32, berkata semuanya bermula apabila dia tertarik dengan tawaran pakej pelancongan syarikat itu yang mengadakan promosi bergerak di sebuah pusat beli-belah di utara tanah air.

“Selepas mendengar promosi yang ditawarkan, saya bersama sembilan rakan lain membeli kad keahlian seumur hidup bernilai RM400 setiap satu.

“Selain diberi pakej percutian tiga hari dua malam secara percuma, kad keahlian itu membolehkan saya mendapat potongan harga sehingga 40 peratus bagi penginapan di hotel sehingga bertaraf lima bintang di dalam dan luar negara,” katanya yang menyertai keahlian Oktober lalu.

Menurut Mimi, dia mula rasa ditipu apabila tempahan yang dibuat sejak minggu lalu sering berubah dan akhirnya dibatalkan.

“Saya bercadang menebus pakej percuma tiga hari dua malam yang dijanjikan bercuti ke sebuah pusat peranginan. Apabila tempahan dibuat, mereka memberitahu tempahan di hotel diinginkan penuh dan mencadangkan beberapa hotel lain berdekatan.

“Pada mulanya saya bersabar walaupun tidak berpuas hati namun di saat akhir, tempahan saya dibatalkan dengan alasan tiada bilik memandangkan musim cuti sekolah,” katanya.

Mimi berkata, kes seperti itu bukan terjadi kepada dirinya, tetapi kepada rakan lain dan selepas beberapa kali menghubungi syarikat itu, mereka memberi pelbagai helah.

“Ketika mengadakan promosi, pelbagai janji manis yang mereka berikan. Kini kami semua kerugian hampir RM4,000 sedangkan tawaran itu hanya gimik untuk melariskan kad diskaun mereka,” katanya yang bercadang membuat aduan di Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Datuk Syed Mohd Razif Syed Yasin, berkata syarikat seperti ini sering bertopengkan program cuti bagi mengaburi orang ramai.

“Kebanyakan mangsa tertarik dengan harga pakej pelancongan murah tanpa mengetahui syarikat seperti itu hanya menjalankan perniagaan jualan langsung dan tidak mempunyai lesen menjual pakej pelancongan.

“Apabila ahli membuat tempahan, syarikat akan menghubungi agensi pelancongan atau hotel untuk mendapatkan diskaun. Namun apabila gagal, syarikat akan memberi pelbagai helah untuk melepaskan diri dan ketika itu mangsa sedar mereka diperdaya,” katanya.

Taktik seperti ini, katanya, hanya menguntungkan sebelah pihak apatah lagi ejen jualan menerima komisen tinggi dengan setiap kad yang dijual.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya berurusan terus dengan ejen pelancongan bagi mendapatkan pakej murah dan menarik. Dari pemerhatian persatuan, kebanyakan syarikat seperti ini hanya menjalankan perniagaan untuk tempoh tertentu dan kemudiannya ghaib membawa keuntungan atas angin,” katanya.
 
mcm kene jer..bukan ke kad Tune ni??baru2 ni ader promosi jgk kt cni..hurm
Air Asssia nyer kan..
 
selalu gak dapat panggilan telefon diorg nk promote kad diskaun mcm ni..tapi aku bukan kaki melancong. kalau nk melancong pn baik terus gi travel agent.
 
adoiii..biar betul ni...semalam aku baru sign up...389.00 seumur hidup...adoiiii lah...:mad::mad::mad:
 
selalu gak dapat panggilan telefon diorg nk promote kad diskaun mcm ni..tapi aku bukan kaki melancong. kalau nk melancong pn baik terus gi travel agent.

Pokcik pun selalu gak dapat call.....dengar jer dia sembang..bila dah ending tuh...pokcik maki ler...:)):)):))
 
mcm kene jer..bukan ke kad Tune ni??baru2 ni ader promosi jgk kt cni..hurm
Air Asssia nyer kan..

ya
yang ada tune belakang tu
kalau ada jumpa,terus jumpa polis suruh tangkap
bohong orgggg
celaka betullll
 
Sistem yg praktikal boleh menjadi sistem penipuan...huhuu
Itulah dunia sekarang!
 
aku pernah kena ni
sib baik bayar 60 je... tak bayar full hahaha
 
biar betul ni....alamak aku dah kena tipu...menyampah tullah...
 
Back
Top
Log in Register