BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabul kembali bergegar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
image.jpg

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 28 termasuk anggota Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS) terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera dalam pengeboman kereta di Kabul, awal pagi semalam

Dalam satu kenyataan, pejuang Taliban mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan berdarah tersebut

Serangan yang dilihat sengaja menyasarkan pejabat perkhidmatan perisikan negara itu dilancarkan seminggu selepas Taliban mengumumkan permulaan penentangan musim bunga yang dikenali sebagai Operasi Omari

Menurut saksi, letupan itu turut disusuli dengan insiden berbalas tembakan antara kumpulan lelaki bersenjata dan pihak berkuasa

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Sediq Sediqi berkata, angka kematian dijangka meningkat kerana kawasan tersebut sesak ketika kejadian itu berlaku

Difahamkan, insiden pengeboman berkenaan menyasarkan direktorat ke-10, kawasan menempatkan unit perlindungan VIP NDS, di yang menyediakan keselamatan untuk pegawai tertinggi tempatan di ibu negara
 
Back
Top
Log in Register