BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Dapur Warna Terang Biru, Merah Antara Monopoli Trend 2025, Ketepikan Rona Putih

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Perabot sentiasa menyuntik suasana yang 'menghidupkan' dan fungsi di sesebuah ruang kediaman. Salah satu bahagian yang sebahagian besarnya menggunakan perabot ialah dapur untuk menempatkan set pinggan mangkuk, peralatan elektronik dan bekas bumbu. Ia bukan sahaja memudahkan sesi memasak, bahkan membuatkan ruang dapur tampak tersusun, bersih dan kondusif.
3200465.jpg

Kabinet warna terang seperti merah trend 2025 sehingga mengetepikan rona putih yang lazimnya popular dalam kalangan pemilik kediaman.

Berkongsi reka bentuk dalaman dapur, Sharon McCormick, daripada Sharon McCormick Design di Amerika Syarikat, berkongsi trend bagi tahun ini. Menurut beliau, tahun ini menyaksikan permainan perabot warna-warna terang berbanding rona putih yang lazimnya menjadi pilihan kebanyakan pemilik kediaman termausk perabot berasaskan elemen logam dan kayu

“Kabinet dapur warna terang seperti merah, biru kobalt, teal dan mustard, nampaknya menggantikan rona putih. Secara tidak langsung, penguasaan warna sedemikian bantu menyerikan ruang dapur dan sedikit sebanyak turut mempengaruhi dari segi reka bentuk," katanya.

Selain warna kabinet, penggunaan kerusi bankuet diserasikan bersama meja makan juga kian popular.

“Pada 2025, kita akan melihat dapur mesra keluarga dengan tempat duduk menggunakan, kerusi yang selesa dan peletakkan meja makan untuk sesi santai sambil menjamu selera. Bagaimanapun, penggunaan pulau di tengah dapur masih dikekalkan untuk memudahkan proses penyediaan makanan. Di samping itu, sinki atau aksesori lain juga boleh dibina di sekitar pulau berbanding menyusun kerusi di sekelilingnya (pulau),” ujarnya McCormick.
3200479.jpg

Ruang dapur mesra keluarga menjadi trend 2025.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa kayu yang dicelup atau dicat semula akan mengembalikan kabinet ke arah konsep natural.

“Kayu oak, walnat dan mapel adalah jenis digemari dengan pelbagai jenis warna dari cerah sehingga gelap. Bagi mengelakkan pemilihan tidak serasi dengan ruang dapur pastikan anda mendapatkan sampel penuh daripada syarikat kabinet kerana setiap jenis kayu menyerap warna berbeza-beza,” sarannya.

Pada masa sama, pemilik seharusnya melihat reka bentuk bahagian siling dengan menggantikan cat putih yang membosankan.

“Kertas dinding, motif lukisan, logam, plaster dekoratif dan lakuer (sejenis varnis) adalah sebahagian daripada cara untuk menghias dinding rumah pada tahun ini,” kata McCormick.

Kini, tiba masanya untuk pemilik berseronok dengan sentuhan peribadi, bukannya mengikut reka bentuk tipikal menggunakan warna putih atau kelabu sahaja.
3193971.jpg

Memilih warna kabinet senada dengan rona semula jadi di luar jendela mencipta suasana dapur bersatu dengan alam semula jadi.

Fokus utama lain dalam dekorasi adalah membawa lebih banyak unsur alam semula jadi.

“Memilih warna dari pemandangan luar tingkap salah satu cara mudah untuk mencipta suasana bersatu dengan alam semula jadi. Warna bumi seperti coklat, kuning air dan terracotta ideal dengan rona hijau dan biru bagi menyuntik elemen menenangkan," jelasnya

Sumber asal https://majoriti.com.my/relaks/2025...tara-monopoli-trend-2025-ketepikan-rona-putih
 
Back
Top
Log in Register