BTC USD 84,110.3 Gold USD 4,279.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kabinet dapur murah

jgn deal ngan tt lagi
wak dah kena :(scam:(scam:(scam: dgn tt

ambek deposit dari wak
tp keje xbuat pon
cuma dtg ukur je
asik berjanji2 manis je
cal dah xmau angkat dah
sms pon xmau balas


katanya ada kat s'pore
ada masaalah besar
kot yer pon ada masalah jgn la buat wak mcm nie
ada apa masalah bgtau awal2
xbleh buat cakap la xboleh buat
klu rumah wak sendiri wak boleh bersabar lagi
nie melibatkan client wak

now client wak dah pindah rumah yg wak renovate tu
masalahnya dia terpaksa duduk rumah yg xder berdapur lagi
dah la client wak tu dah berkeluarga
kesian betul wak tgk
dah malu sgt wak kat client tu

tt nie cuma pentingkan diri sendiri je:mad::mad::mad::mad:
langsung xamanah & xpikir kesan dari perbuatan dia tu

klu saper2 ada dpt hubungi tt tolong pm kat wak yer
nak tau gak sebenarnya dia kat mana & buat apa

teruk sgt ker hentaman wak nie?:-?:-?:-?
 
pada wak..TT dah nak berususan tu elok diselesaikan segera. Kalau dah settle tu elok edit balik tajuk tu dan update kat depan sekali.

Pada TT...aku bukan nak menyibuk kes nie...dah wak minta tolong carik info dan dengan sumber yang aku ada aku tolong ler..tu pun lepas 2 hari aku tengok TT tak respond apa apa komen wak.

Mungkin salah paham tapi rasanya elok diselesaikan cara kawan kawan. Berjumpa berdepan dan kalau nak bayar apa apa boelh bayar cash atau bank transfer.

Kalau nak aku jadi saksi pun boleh juga. Deal kat mattop...boleh kau orang belanja aku bariani kambing sepinggan dua :)):)):)):))

memuler bace intro komen abg eboss nie bagus jer nasihatnyer..pastu biler tibe part perenggan akhir tu :eek::eek:

..ader kambing disebalik bariani daaaa
 
kadang-kadang tak boleh kata gak yang senior ni kepala betul belaka...

jangan gunakan status senior untuk membuli orang lain !. Missunderstanding jer ni !

korang berdua settle lah elok2.
 
dah.. jgn gaduh lagi...
sebagai umat islam buang yg keruh ambil yg jernih...
manusia tiada yg sempurna...
saling bermaafan dan perbaiki kesilapan itulah yg mulia...
 
salam semua,ermm boleh tahan jugak wak nie hentam aku kat cni...
ok la kepada semua ahli yang ada post kat sini...
baru jer dapat tahu dan baca apa yang korang kutuk dan hentam aku gile2 kat sini,actually aku dah lama jugak dapat bisnes kat cg ni,keta sewa,aku ahli ceramic club yang active jugak,and aku wat kontrak dgn goverment jugak...so thanks cg...actually syukur pada allah s.w.t.
sememangnya mempertahankan maruah,harta, dan agama aku ada lah jihad..so aku kena respon jugak benda ni..betul2 baru baca...
wak...aku dah suruh ko buat paip,aku dah ukur 2 kali kat umah tu...kali kedua x der paip lagi...so aku suruh raymond datang ukur kali ketiga dan suruh ko buat paip dulu...tiba2 aku dapat call dari singapore punya lawyer aku kena pegi sana pasal nak uruskan wasiat raja abdullah...(aku keturunan raja abdullah)((nama aku raja mohd rafiuddin))...pelombonmg bijih timah terbesar zaman dulu...dekat malaysia ni dekat 300 lebih keturunan dia kena pegi sana..
memang kaukau punya kelam kabut kat sana(x kan aku nak cite semua kot)lain la korang family aku......so memang aku sendiri bz.turun naik mhkamah...lari sana lari sini...then satu hari wak msg kalau x der respon wak cancel..aku x pikir apa dah..aku mintak wak no akaun bank wak tak bagi..aku nak bank in dia yang tak bagi no akaun..abes x kan aku nak bank in kat ahli cg yang lain kot...so aku ke yang salah makan duit tu...ada lagi duit tu kat akaun aku.. x usik skit pun..cuma aku dah bayar pada raymond 350..baki wak ada 450 lagi..meh la wak no akaun aku masukkan..wak dah minta no cina tu nak kol sendiri..so aku pikir dorang dah deal dan aku kena selesaikan kes aku kat sana..lagi satu wak kata owner duduk lambat lagi ujung tahun..tup2 kata kat cg dorang masuk x der dapur..aper citer ni..aku x marah sesapa cuma ader samapai pakai nama aku gabungkan dengan **** aku jadi terkejut
sebab orang islam yang solat dan berilmu xkan buat macam tu..aku x kesah kalau korang nak lingkupkan bisnes aku..tapi sampai kutuk aku gila2 jatuhkan maruah aku,aku jadi kesal..kalau wak ko rasa ko ada kerugian sebab aku,bagi tau jumlahnya dan bukti aku claim..

aku doakan orang yang pakai nama aku dan **** tu datang jumpa aku minta maaf,,,kalau tak aku tuntut kat akhirat jer..sampai isteri aku terbaca perkataan tu...
sedih dier..

erm dosa dengan tuhan korang leh minta ampun dengan tuhan allah s.w.t
dosa dengan manusia korang nak minta ngan saper???

x per innallahha ma'assobirin..sesungguhnya mungkin rezki aku kat tempat lain

wak kalau ko dah kutuk aku gila2 macam ni kat cg,dan kat blog pun sampai ada orang **** **** kan aku

aku dah tak nak pikir aper lagi..

ko bagi jer no akaun bank ko aku bagi baki tu

x guna nak jumpa sebab nama aku ko dah burukkan tahap gaban punya...

saper2 yang ader sewa kete ngan aku and amik ceramicc dgn aku terpulang la
korang nak nilai aku saper...sebab dgn korang aku x der masaalah

salam semua,alhamdulillah..tt sudi beri komen kat sini

klu tt ada maruah,wak pun ada maruah juga.wak dah byk kali cuba hubungi tp tt xmau angkat tepon@cal semula

awal dealkan kita dah konfirm yg paip semua pihak tt yg buat,pas dah cina tu dtg lagi utk ukur minta plak wak buat punca paip,xper la wak buat juga.lg pn lokasi sinki pon wak dah sahkan awal2 iaitu di depan tingkap,so kerja2 kabinet dah boleh dimulakan sepatutnya,

boleh pula cite kat sini masalah kat s`pore tu,tp bila wak minta penjelasan nape xmau jelas kan.wak cuba nak bawa berbincang,tp tiada respon dari pihak tt

mcm mana la wak xhangin..bila due date cabinet yg dijanjikan tt xrespon2,dari tarikh confirm bagi duit tt janji dlm 3minggu,lepas tu pospone lagi,last2 wak cal dah xmau angkat,sms xmau balas,mau xkena wak ngan owner rumah:((:(( dh xder jalan lain wak gertak la nak cencel,pastu minta plak no ac.bank wak utk tt transfer duit wak tu,wak dah bgtau yg wak nak tt siapkan apa yg tt dah mulakan,sbb klu wak ambil duit dan oder tempat lain belom tentu boleh siap cepat.wak merayu pd tt bg kat wak no hp cina yg buat cabinet tu,biar wak cuba settel terus tanpa tggu tt balik dari spore, tu pon setelah beberapa kali wak merayu akhirnya tt bg juga no.cina yg buat cabinet dapur wak.TERKEJUT:o:o:o bila mana wak tau yg cabinet wak xbuat lagi pon,walhal dah lama dah wak bg duit.kat sini wak kena mula dari awal balik,pilih color & tggu dlm 3minggu.

mmg pd awal owner rumah bgtau wak nak duduk hujung tahun,tp dia kena berpindah awal sbb dpt tukar sekolah.wak pun xsangka,tp masa 3mggu dan extra time yg dijanjikan lebih dari cukup utk tt siapkan cabinet dapur tersebut.klu tt xcaye leh gi rumah tu tny sendiri owner bila dia pindah masuk(bukan wak suka reka2cite)

bab menggabungkan nama tt sumpah demi Allah wak xlakukannya,wak deal ngan tt sbb thread nie,so pd thread nie je la komen,trader rating tt pon wak xberi apa2 respon yg negatif,cuma lepas wak&org rmh wak dpt kesusahan&aib dari rakan sekeliling kami wak rasa tertekan,cuba nak berbincang dgn tt,tp tt wat xendah je,,xkan la tt xder masa sebarang 5minit ke cal wak beri penjelasan,beri idea ke tuk soft kan prob wak nie.

rugi???yer mmg wak rugi sbb delay projek wak nie,wak rugi masa wak,boleh ke wak claim?camne wak nak claim?apa bukti perlu wak beri tuk menyatakan kerugian masa wak nie,Untung rugi mmg adat berniaga,cuma apa yg wak kesalkan tt xder respon bila wak hubungi dia.klu terpaksa gi oversea bgtau la awal2,bgtau kat wak yg wak kena settel terus ngan raymond tu ke apa ke,xla tertunggu2,tergaru2..

dlm keadaan wak huru-hara nie mmg wak harap dpt jumpa tt dan dptkan penjelasan serta bersihkan nama dia,tp tt masih enggan bersetuju tuk jumpa wak..
 
Last edited:
aku harap kowang dpt berbincang elok² kt luar sana secare offline.

x pyh la nk bersoal-jwb memberikn penerangan kt sini utk mengatakan 'aku betul, ngko salah'.

CGrians lain x perlu tau 'jalanan kisah' ketidakpuasan hati nie sbb nnt bnyk lg hati yg terluka.

amik jln secara bersemuka & dok berbincang. salah menyalahkan x memberikn penyelesaian malah ianya menambahkn kekusutan yg sedia ada.

once dh settled kowang berdua maklumkn pd admin utk buat aper yg patut pd thread nie.

mudah²an segala kekusutan, kemusykilan, ketidakpuasan-hati & apa jua yg negatif dpt diatasi.

perbalahan itu membawa perpecahan. fitnah itu pula membawa kehancuran.

nama baik di CG kene jage elok² lbh² lg bg mrk yg berniaga. track record kene clean ;)

wallahu'alam.
 
aku harap kowang dpt berbincang elok² kt luar sana secare offline.

x pyh la nk bersoal-jwb memberikn penerangan kt sini utk mengatakan 'aku betul, ngko salah'.

CGrians lain x perlu tau 'jalanan kisah' ketidakpuasan hati nie sbb nnt bnyk lg hati yg terluka.

amik jln secara bersemuka & dok berbincang. salah menyalahkan x memberikn penyelesaian malah ianya menambahkn kekusutan yg sedia ada.

once dh settled kowang berdua maklumkn pd admin utk buat aper yg patut pd thread nie.

mudah²an segala kekusutan, kemusykilan, ketidakpuasan-hati & apa jua yg negatif dpt diatasi.

perbalahan itu membawa perpecahan. fitnah itu pula membawa kehancuran.

nama baik di CG kene jage elok² lbh² lg bg mrk yg berniaga. track record kene clean ;)

wallahu'alam.
mmg betul tu Mr.K,wak mmg harap sgt dpt jumpa tt
tt pun dah sms wak minta maaf
wak tggu respon +je dari beliau
 
Back
Top
Log in Register