Deenz Work
Active+ Member
- Messages
- 2,617
- Joined
- Apr 5, 2013
- Messages
- 2,617
- Reaction score
- 20
- Points
- 25
Salam tuan, sy dan isteri plan buat cabinet, cuma skrg tengah pening, nak pakai jenis pintu aluminium atau jenis pintu 4G @ 3G. Mana lagi berkualiti, terus terang tanya beza harga dua jenis meterial ni. Maksud sy kalau jenis 4g, dan jika tukar ke aluminium. Harga berkurang atau bertambah, kalau pakai aluminium.
Pintu 4G/3G ada lapisan kaca dan kayu di belakang. Kaca 4G/3G adalah kaca yg disembur dgn warna cat. Jadi ia nampak lebih mantap kerana ketebalan lapisan tadi.
Manakala kalau guna pintu aluminium, ia cuma menggunakan kaca dan aluminium, tanpa kayu. Dan kacanya menggunakan sticker, bukan disembur dgn warna cat.
Walau bagaimanapun, dari segi ketahanan, pintu 4G/3G adalah lebih kurang saja dgn pintu aluminium. Jadi tak banyak beza sebenarnya dari segi kualiti.
Namun dari segi harga, sudah tentulah pintu aluminium lebih murah berbanding pintu 4G/3G. Jadi buatlah pilihan mengikut kehendak design dan juga kesesuaian bajet.