BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kabinet Dapur 3G Ikut BAJET ANDA!

Deenz Work

Active+ Member
Messages
2,617
Joined
Apr 5, 2013
Messages
2,617
Reaction score
20
Points
25
Assalamualaikum warga CG.

Untuk makluman, saya telah pun berpindah ke Chemor, Perak. Jadi segala keutamaan pekerjaan adalah untuk warga Perak. Walau bagaimanapun, saya masih ambil job utk warga Selangor/KL, bergantung kpd bajet. Utk sebarang tempahan, boleh hubungi Team Marketing saya di nombor 016 719 4085. Terima kasih. :)

Latest Update : 1hb Oktober, 2023


PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELANGGAN - SILA BACA YER, PENTING!


Assalamualaikum kpd semua warga CG. Di sini saya ingin memaklumkan bagaimana proses kerja membuat produk dilakukan. Saya terima banyak mesej yg minta saya bagi quotation, sama ada utk Kabinet Dapur, Tingkap, Pintu, etc. Utk pengetahuan anda, pengiraan quotation adalah berdasarkan saiz atau ukuran produk berkenaan.

1. Dapatkan saiz/ukuran produk.

Contoh, anda nak buat Kabinet Dapur. Anda kena tahu dulu berapa saiz panjang/tinggi x lebar (kaki). Anda kena ambil ukuran/saiz produk. Sama juga, sekiranya anda nak buat Pintu, Tingkap, Rak Kasut, Showcase Display atau apa saja. Saiz/ukuran produk MESTI ada. Kalau anda tak tau macamana nak ukur, anda kena minta bantuan dari orang lain utk ukur terlebih dahulu. Tanpa saiz/ukuran, saya tak dapat berikan harga kerana harga bukanlah fixed. Harga adalah ditentukan mengikut saiz/ukuran sesebuah produk berkenaan.

Nota: Utk Kabinet Dapur Bawah, sila pastikan anda SUDAH ada Table Top SEBELUM anda bercadang membuat Kabinet Dapur bawah. Ini adalah kerana pihak kami TIDAK menyediakan perkhidmatan membuat Table Top.

2. Setelah anda dapatkan saiz/ukuran produk, sila forwardkan kpd saya saiz ataupun ukuran produk tersebut, samada menerusi PM, sms atau whatsapp (saya prefer whatsapp sebab saya boleh terus hantar gambar draft produk kpd anda bersama2 harga kos pasang siap).

3. Setelah saya dapat saiz/ukuran produk dari anda, saya akan mengira kos harga pasang siap keseluruhan, dan saya akan forwardkan harga itu berserta gambar draft produk tadi kpd anda.

4. Sekiranya anda bersetuju dgn harga yg saya quotekan, kita akan set satu tarikh/masa utk saya datang ke rumah anda, di mana saya akan mengambil ukuran/saiz produk sekali lagi, sebagai MENGESAHKAN bahawa saiz/ukuran yg anda berikan kpd saya adalah BETUL.

5. Oleh kerana anda dah bersetuju dgn harga pasang siap yg saya quotekan SEBELUM saya datang ke rumah anda utk mengesahkan saiz/ukuran produk, maka anda HARUSLAH bersedia dengan DEPOSIT sebanyak 60% dari jumlah keseluruhan harga pasang siap. Contoh: Harga Kabinet Dapur bawah ialah RM1200, maka 60% dari RM1200 ialah RM720. Baki sebanyak RM480 hendaklah dibayar SELEPAS semua kerja2 pemasangan selesai dilakukan.

6. Langkah seterusnya, kita akan menetapkan satu tarikh pemasangan, mengikut jadual yg dipersetujui oleh kedua belah pihak. (Sekiranya produk siap lebih awal dari jangka masa yg ditentukan, pihak kami akan menghantar produk terlebih dahulu dan pemasangan akan dilakukan kemudian mengikut tarikh pemasangan yg telah dipersetujui).

7. Setelah pemasangan siap, pelanggan haruslah menjelaskan jumlah BAKI pembayaran iaitu 40% dari harga produk.

8. Buat anda yg ingin menempah produk tapi TIDAK tinggal di rumah berkenaan (mungkin rumah itu adalah rumah baru), sila nyatakan di mana lokasi rumah baru itu berada. Kami akan melihat terlebih dulu sama ada kami dapat datang ke tempat anda atau tidak.


Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu membaca. :)cgrock

-----------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga CG. Saya Encik Deen, dan saya ingin menawarkan khidmat membuat Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet), Almari Pakaian (Wardrobe), Pintu (Door), Tingkap (Window) dan lain-lain lagi, berasaskan Kaca dan Aluminium. Saya mempunyai bengkel sendiri yang bertempat di Chemor, Perak. :D Utk pengetahuan anda, penggunaan kaca dan aluminium utk kabinet dapur, tingkap dan pintu, adalah lebih tahan lama kerana ia tidak akan dimakan oleh anai-anai... selain dari itu, anda juga boleh memilih sticker dlm pelbagai design dan pattern yg menarik, yg boleh dilekatkan kpd permukaan kabinet, pintu dan tingkap...

Harga juga adalah jauh lebih murah berbanding jika menggunakan bahan lain seperti kayu... kawan2 boleh terjah blog saya di SINI utk info lanjut dan melihat gambar2 contoh. Terima kasih kerana singgah di thread saya.. :)cgrock

-----------------------------------------------------------------
Selain dari ini, saya juga ada menyediakan perkhidmatan Supply dan Install bagi produk Kabinet Dapur yang berasaskan Aluminium Composite Panel atau lebih dikenali dengan nama ACP. Produk berasaskan ACP ini mempunyai sticker yang pelbagai warna dan corak berbanding sticker yang digunakan oleh produk berasaskan Kaca dan Aluminium biasa. Saya juga menyediakan perkhidmatan Supply dan Install bagi Pintu Bi-Fold (pintu lipat dua) bilik air, dapur, bilik tidur, dan lain-lain lagi. Kawan-kawan boleh melihat contoh-contoh produk ACP dalam blog kami di SINI. :)cgrock

Harap kawan-kawan CG dapat berikan sokongan. Terima kasih! :)cgrock

P.S Saya attachkan gambar-gambar Kabinet Dapur, Almari Pakaian, Tingkap dan Pintu (serta lain-lain produk) untuk tatapan kawan-kawan. Terima kasih! :)cgrock


-----------------------------------------------------------------


BIG FRAME CABINET



1. after 1.JPG


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



BOX WORK TOP


Photo0375.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



COUNTER BAR


Photo0402.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



DOORS


Photo0209.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



LIFT FLOORS


Photo0135.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



FRIDGE


Photo0400.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



FROST WALLPAPER


DSC_0000048.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



HOOD


SDC11645.JPG


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



OVEN


DSC_0000240.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



SHOWER SCREEN


Photo0041.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



UNDER THE STAIRS


Photo0244.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



WALL MIRROR


Photo0158.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



WARDROBE


DSC_0462.jpg


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



WINDOWS


casement style.JPG


Utk melihat gambar2 lain dlm kategori ini, sila klik di SINI.



KITCHEN CABINETS


SDC11893.JPG


Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna HIJAU, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna BEIGE, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna HITAM, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna KUNING, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna MERAH, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna OREN, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna PERANG, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet berwarna PUTIH, sila klik di SINI.

Utk melihat gambar2 kitchen cabinet dengan gabungan 2 warna (mix color), sila klik di SINI.



PINTU BI-FOLD LIPAT DUA


IMG_20150726_0019_zpspunizcmx.png


Utk melihat gambar2 pintu bi-fold yang lain, sila klik di SINI.


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI MEMBER CARIGOLD


TESTIMONIAL DARI Scremojack
Abang din punya service memang terbaik..dah lama dah pasang kabinet baru hari ni nak bagi testimoni..hehehe....



http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=23181734&postcount=858


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI my4_fit

Tahun lepas saya meggunakan service En. Deen ni utk kitchen kabinet rumah saya.

Service terbaik, En. Deen pun peramah dan saya siap pg melawat kilang lagi...:)cgrock:)cgrock


http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=22260104&postcount=720


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI ENCIK CONNECT

3 tahun lepas sy buat kitchen cabinet dgn abang deen... mmg service terbaik bang deen.... (y)


http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=22249444&postcount=714


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI ENCIK HAFIZ

frosted mirror, kitchen cabinet, mirror wardrobe, divider and toilet door hasil kerja deenz work



-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI ENCIK HALIM

sebelum dan selepas.



recommended to everyone.




http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=18352554&postcount=225


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI on9shoppers

Betul tu TT...servis TT terbaik!!


http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=22417449&postcount=761


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI ENCIK FADHLI

Alhamdulillah, terima kasih kepada En. Deen dan isteri di atas pemasangan tingkap dan sliding door kat kajang aritu:D InsyaAllah, kenduri taun depan saya jemput bos dan isteri ke seberang laut..hehe.

p/s : nnti saya nk tempah kabinet dapur plak:)


http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=18905604&postcount=375


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI ENCIK RAMLI

Salam TT,

Lama x dgr khabar. Maaf pasal x dpt nak letak testimonial kat sini. Sibuk je semenjak dua menjak ni.

Utk kekawan CG, saya ada buat kitchen cabinet dan wardrobe. Servis TT, mmg terbaik.

Highly recommended.


http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=19002513&postcount=401


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI Onlineshopper

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin TT....terbaik la servisss


http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=20455561&postcount=624


-----------------------------------------------------------------


TESTIMONIAL DARI cavalier

OK, nak bagi comment kat TT.

Hasil kerja tiptop. Harga boleh kompetetif dgn lain lain cabinet maker.

After sale bagus. Material digunakan berkualiti.

Overall, saya bagi 8/10.


http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=20146091&postcount=575


-----------------------------------------------------------------



GAMBAR-GAMBAR PRODUK

Untuk makluman anda, gambar-gambar bagi setiap produk juga boleh dilihat di BLOG saya, termasuk gambar produk bagi Kabinet Dapur mengikut warna (merah, hijau, kuning dan lain-lain), Pintu, Tingkap, Ruang Letak Oven, Ruang Letak Peti Sejuk, Ruang Letak Hood, Partition di bahagian dapur, Bar Counter dan lain-lain lagi. Sila klik pada link di bawah Products, dalam menu sebelah kanan.


-----------------------------------------------------------------


MAKLUMAN

Bengkel saya beroperasi di Chemor, Perak. Buat masa ini, saya hanya mengambil tempahan dan membuat kerja-kerja pemasangan bagi kawasan Chemor dan daerah-daerah berdekatan sahaja. Sekiranya kawan-kawan berada di luar kawasan Chemor, sila maklumkan kepada saya dan saya akan melihat kos keseluruhan projek sama ada sesuai untuk saya terima, atau tidak. Kos pengangkutan akan dikenakan sekiranya saya bersetuju mengambil projek tersebut.

Untuk makluman kawan-kawan semua, saya TIDAK membuat Table Top. Jika kawan-kawan mahukan saya membuat Kabinet Dapur, kawan-kawan haruslah memastikan bahawa kawan-kawan dah ada Table Top terlebih dahulu. Kemudian barulah panggil saya untuk datang mengambil ukuran dan sekaligus memberikan quotation.

Seperti yang saya maklumkan dalam tajuk thread di atas, saya hanya membuat Kabinet Dapur dari material seperti Aluminium dan Kaca SAHAJA. Saya tidak menggunakan Melamine, Kayu atau lain-lain bahan.

-----------------------------------------------------------------

Antara Produk-Produk Yang Dikeluarkan Oleh bengkel Deenz Work


1. Kabinet Dapur
2. Almari Pakaian
3. Tingkap
4. Pintu
5. Tempat letak Hood
6. Tempat letak Sink
7. Tempat letak Oven
8. SkyLight (bergantung kepada projek)
9. Lantai dalam lif
10. Rak kasut
11. Dan sebagainya

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
-----------------------------------------------------------------


TIPS MEMBERIKAN SEKURITI TAMBAHAN KE ATAS PENGGUNAAN TINGKAP/PINTU KACA & ALUMINIUM

Salam tuan,

Nak tanya ni.

Boleh x share cara2 pencuri buka aluminium window tanpa pecahkan cermin?

Untuk Sliding Door dan Sliding Window, ada lubang skru di tepi. Jika kita perhatikan, ia biasanya ada 2 lubang di bahagian bawah dan 1 di atas. Satu lubang paling bawah adalah untuk adjust roda, 1 lubang lagi ialah untuk skru pemegang, manakala lubang kat atas juga ialah untuk skru pemegang. Apabila skru dibuka atas dan bawah, maka tingkap ini sudah boleh dicabut oleh pencuri.

Untuk tingkap casement pula, mempunyai 8 lubang skru yang dapat dilihat apabila daun pintu ditarik sedikit ke luar. Ini adalah kerana biasanya, kunci tingkap ini terletak di bahagian tengah. Jika 4 skru dibuka, ia sudah cukup untuk membuka kaca.

Pastu nak minta ajar sekali cara2 untuk prevent dari pencuri buka aluminium window.

Untuk sliding door dan window, dan casement tingkap serta pintu, cara terbaik ialah dengan memasang getah tingkap (gasket) di bahagian luar tingkap, manakala di bahagian dalam pula, gunakan silikon. Kebiasaannya, kontraktor hanya menggunakan getah bungkus sahaja. Jadi ini memudahkan pencuri membuka tingkap/pintu, tak kira sliding atau casement.

Kos tambahan adalah perlu jika mahu memasang getah di bahagian luar dan penggunaan silikon di bahagian dalam. Adalah lebih baik mengeluarkan sedikit belanja demi memastikan keselamatan lebih terjamin. :">

Sebab saya pernah tgk rumah saudara saya pencuri masuk dengan buka aluminium window pastu unscrew window grille.

Kat tingkap tu x da kesan kena cungkil pun dan dia letakkan tingkap tu atas katil.

Sebenarnya macam ni bro. Takde masalah meletakkan grill di bahagian dalam dan tingkap di luar, tapi sepatutnya, skru pada grill tu haruslah DIMATIKAN, maknanya ia akan jadi FLAT, supaya ia tak boleh di unscrew. Barulah pencuri tak boleh nak gunakan alat pemutar skru.

Sekarang ni, ada 1 jenis tingkap baru, yang dipanggil 2.0 Lock, aluminiumnya lebih tebal dan keras. Kuncinya mempunyai 2 point, tapi hande kunci tetap 1 jer. Ini memberikan lebih sekuriti supaya tingkap tidak boleh ditarik dari luar.

Untuk pintu sliding yang mempunyai 3 daun, adalah lebih baik diletakkan tambahan kayu (atau yang sewaktu dengannya) di antara celah-celah pintu, supaya pintu sliding tak boleh ditolak/cungkil. Untuk sliding door yang mempunyai 3 daun (atau 1 mati), pastikan daun pintu di bahagian yang mati tu, dimatikan dengan menggunakan rebet, BUKAN skru. :">

Semoga ilmu ni warga cg boleh gunakan untuk prevent pencuri masuk ke rumah.

Semoga informasi yang tidak seberapa ini, dapat membantu kawan-kawan semua. Jika ada sebarang pertanyaan lain, silakan bertanya. Yang mana saya tahu, Insya Allah akan saya kongsikan jawapannya. Terima kasih. :)cgrock

P.S Saya berharap informasi di atas TIDAK DISALAH GUNAKAN oleh mana-mana pihak yang berniat serong. Sekiranya informasi ini digunakan oleh sesiapa yang berniat tidak baik, saya sama sekali TIDAK MENGHALALKAN informasi ini untuk anda. Terima kasih.


-----------------------------------------------------------------
 
Last edited:
Salam deenz.. kerja2 renovation rumah ada wat ga ke.. juz tanya.
 
Sekitar 100 km dari Puchong, Contoh Klang valley , Kajang , Rawang , Kepong , Klang , Senawang dan lain2 lagi. :D



Maaf bos , saya tak ada buat renovation.. :">

tuan,rumah kat damansara damai boleh buat tak?saya baru dapat kunci rumah..ingat nak buat cabinet dapur...kira kati ke kilo?atau kaki persegi?boleh mai umah saya tak besok ni?kol saya 017-882 4727
 
tuan,rumah kat damansara damai boleh buat tak?saya baru dapat kunci rumah..ingat nak buat cabinet dapur...kira kati ke kilo?atau kaki persegi?boleh mai umah saya tak besok ni?kol saya 017-882 4727

Insya Allah sebelah petang saya call Tuan. Sebelah pagi dah ada temujanji. Terima kasih. :">
 
Terima kasih kpd Encik Zanuar kerana berikan saya peluang bertemu beliau! :)cgrock

Saya akan upload gambar-gambar lain secepat mungkin! :)paid
 
Back
Top
Log in Register