BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kabinet Dapur 3G Ikut BAJET ANDA!

wah terbaek la servis tt, COD area mana tuan? sy seremban. nanti sy tepek gamba dapur, igt nk pasang kabinet yg targantung dkt dinding tu

Boleh jer bro... cuba tepek gambar dulu, boleh kita discuss sama-sama apa warna yg sesuai... biasanya pelanggan saya ambil warna hijau lembut atau oren+hitam... yg ambik warna merah+putih pun ada (warna merah ni jarang orang ambik, tapi warna ni memang menarik.. kalau ada island lagi cantik).. :)cgrock
 
Salam tuan,

Nak tanya ni.

Boleh x share cara2 pencuri buka aluminium window tanpa pecahkan cermin?

Pastu nak minta ajar sekali cara2 untuk prevent dari pencuri buka aluminium window.

Sebab saya pernah tgk rumah saudara saya pencuri masuk dengan buka aluminium window pastu unscrew window grille.

Kat tingkap tu x da kesan kena cungkil pun dan dia letakkan tingkap tu atas katil.

Semoga ilmu ni warga cg boleh gunakan untuk prevent pencuri masuk ke rumah.
 
Salam tuan,

Nak tanya ni.

Boleh x share cara2 pencuri buka aluminium window tanpa pecahkan cermin?

Untuk Sliding Door dan Sliding Window, ada lubang skru di tepi. Jika kita perhatikan, ia biasanya ada 2 lubang di bahagian bawah dan 1 di atas. Satu lubang paling bawah adalah untuk adjust roda, 1 lubang lagi ialah untuk skru pemegang, manakala lubang kat atas juga ialah untuk skru pemegang. Apabila skru dibuka atas dan bawah, maka tingkap ini sudah boleh dicabut oleh pencuri.

Untuk tingkap casement pula, mempunyai 8 lubang skru yang dapat dilihat apabila daun pintu ditarik sedikit ke luar. Ini adalah kerana biasanya, kunci tingkap ini terletak di bahagian tengah. Jika 4 skru dibuka, ia sudah cukup untuk membuka kaca. #:-S

Pastu nak minta ajar sekali cara2 untuk prevent dari pencuri buka aluminium window.

Untuk sliding door dan window, dan casement tingkap serta pintu, cara terbaik ialah dengan memasang getah tingkap (gasket) di bahagian luar tingkap, manakala di bahagian dalam pula, gunakan silikon. Kebiasaannya, kontraktor hanya menggunakan getah bungkus sahaja. Jadi ini memudahkan pencuri membuka tingkap/pintu, tak kira sliding atau casement.

Kos tambahan adalah perlu jika mahu memasang getah di bahagian luar dan penggunaan silikon di bahagian dalam. Adalah lebih baik mengeluarkan sedikit belanja demi memastikan keselamatan lebih terjamin. :">

Sebab saya pernah tgk rumah saudara saya pencuri masuk dengan buka aluminium window pastu unscrew window grille.

Kat tingkap tu x da kesan kena cungkil pun dan dia letakkan tingkap tu atas katil.

Sebenarnya macam ni bro. Takde masalah meletakkan grill di bahagian dalam dan tingkap di luar, tapi sepatutnya, skru pada grill tu haruslah DIMATIKAN, maknanya ia akan jadi FLAT, supaya ia tak boleh di unscrew. Barulah pencuri tak boleh nak gunakan alat pemutar skru.

Sekarang ni, ada 1 jenis tingkap baru, yang dipanggil 2.0 Lock, aluminiumnya lebih tebal dan keras. Kuncinya mempunyai 2 point, tapi handle kunci tetap 1 jer. Ini memberikan lebih sekuriti supaya tingkap tidak boleh ditarik dari luar.

Untuk pintu sliding yang mempunyai 3 daun, adalah lebih baik diletakkan tambahan kayu (atau yang sewaktu dengannya) di antara celah-celah pintu, supaya pintu sliding tak boleh ditolak/cungkil. Untuk sliding door yang mempunyai 3 daun (atau 1 mati), pastikan daun pintu di bahagian yang mati tu, dimatikan dengan menggunakan rebet, BUKAN skru. :">

Semoga ilmu ni warga cg boleh gunakan untuk prevent pencuri masuk ke rumah.

Semoga informasi yang tidak seberapa ini, dapat membantu kawan-kawan semua. Jika ada sebarang pertanyaan lain, silakan bertanya. Yang mana saya tahu, Insya Allah akan saya kongsikan jawapannya. Terima kasih. :)cgrock

P.S Saya berharap informasi di atas TIDAK DISALAH GUNAKAN oleh mana-mana pihak yang berniat serong. Sekiranya informasi ini digunakan oleh sesiapa yang berniat tidak baik, saya sama sekali TIDAK MENGHALALKAN informasi ini untuk anda. Terima kasih.
 
Soalan dan jawapan di atas telah diupdate di first post. Terima kasih kepada encik magnesium di atas soalan berkenaan. :)cgrock
 
Selamat pagi Isnin semua... alhamdulillah, semalam dah selesai kerja-kerja pemasangan tingkap dan pintu kat rumah member CG di Kajang... selamat melangsungkan perkahwinan yg tak lama lagi kepada member CG berkenaan.. dan tahniah, rumah baru dah jadi lawa... jangan lupa jemput kalau ada kenduri kat Kajang tu ye.. :D
 
Selamat pagi (hampir tengahari dah) kepada semua kawan-kawan CG... tak lama lagi bulan Disember.. jom tempah kabinet dapur, tingkap dan pintu sebelum kuota ditutup untuk bulan Disember... lai, lai, lai... :D
 
Maaf Bos,

Kalau ada masa free bole bgtau tak Budget siap semua pasang sekali :-

- nak buat Pintu kaca daun bukak kat tengah lebar 3 kaki + 3 kaki dan tinggi kedua pintu dlm 8 kaki.

- pastu sisi kiri dan kanan dia kaca jugak
Sisi Kanan - lebar 3 kaki dan tinggi 5 kaki
Sisi Kiri - lebar 3 kaki dan tinggi 5 kaki.

Buat pengetahuan bos - ketinggian kat sisi jadi 5 kaki je sebab setiap sisi sy dah naikan bata setinggi 3 kaki hehe nak kurangkan pakai cermin.

Bole bg budget dulu tak nk tgk berbaloi tak dahulu - sebab kedai ni di Klang dalam kampung - kategori kedai kampung la hehe pastu takde Perjanjian Sewa beli lak tu main ckp je huhu.

Kalau Kene pada Budget rasanye boleh proceed je sebab dah x tahan pasir abuk semua masuk dlm kedai arggghh huhu

Terima Kasih
 
Ok bro, maaf lambat reply. Dah PM. :D
 
Back
Top
Log in Register