komen aku pasal kabinet 2008???
aku suke tengok pergolakan jer... sebab ni lebih sensasi... pasal menteri yang tak nak jawatan tu memang dah jelas laa kan... ade yang merajuk, sebab sabah yang cemerlang rekodnya, tapi sorang menteri tu jadi timbalan jer... merajuk la die... terus tolak jawatan...
ade sorang lagi tu merajuk jugak, dah ler member die, sahidan tak jadi MB, die pun tak dapat jadi menteri, terus letak sume jawatan dalam parti... tapi kerusi parlimen masih die pegang.... kalo tak, nanti takde duit, kene cari keje lain, baik la jadi ahli parlimen, dapat jugak la gaji bulan2....
satu lagi yang menarik ialah pak lah umumkan jemaah menteri dengan mengabaikan sayap wanita UMNO... die terlupa kot, sebab ramai sangat orang2 khairi die masukkan... sorang je die naikkan, iaitu azalina...
lepas umum baru pak lah sedar, dengan serta merta melantik sharizat sebagai penasihat bertaraf menteri untuk hal ehwal keluarga dan masyarakat... ini membidas kenyataan pak lah sebelum ni yang tak nak lantik menteri yang kalah...
walo bagaimanapun, dengan perlantikan ini, ia akan menggugat ng yen yen yang pegang menteri port folio yang hampir sama...
kesimpulannya, ia adalah kabinet yang retak menunggu belah jer...