BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juventus

Taktikal BOLA Dunia

Juventus 2014 - 2017

Part 1 : Juventus 2014/15 - Transition dari Conte (3-5-2) kepada Allegri (4-3-1-2)

Max Allegri dilantik menggantikan Antonio Conte yang dipilih Italian Football Federation (FIGC) bagi mengembalikan maruah pasukan The Azzurri di mata dunia.

Antonio Conte dalam tempoh tiga tahun telah mengejutkan The Grand Old Lady yang telah lama tidur panjang sejak skandal Calciopoli 2006. Tiga kejuaraan Serie A berturut turut dimenangi Juve di bawah kendalian Antonio Conte. Conte pada mulanya bermain 4-2-4 berubah kepada formasi 3-5-2 bagi memberi defensive support buat Pirlo selain untuk memuatkan Vidal.

Hadirnya Max Allegri memberi nafas baru buat Juventus. Allegri bertindak merombak formasi 3-5-2 yang hebat di Serie A namun kurang efektif di peringkat eropah kepada 4-3-1-2 atau diamond shape midfield.

Ketika beraksi dengan 3-5-2, Juve agak bertahan selain banyak menyerang melalui counter attack. Namun Allegri cuba meningkatkan ball possession dengan menggunakan diamond midfield.

9 pemain baru dibawa masuk pada musim panas 2014 dengan Patrice Evra menyuntik pengalaman ke dalam skuad Bianconerri, Alvaro Morata dari Real Madrid, selain Kingsley Coman dan Roberto Pereyra yang mampu memberi impak dari bench.

Untuk formasi 4-3-1-2, Barzagli dikorbankan untuk membentuk flat four dan di bahagian midfield, bagaikan satu anugerah buat Allegri apabila mampu menghimpunkan deep lying playmaker hebat Andrea Pirlo, wonderkid yang meningkat naik dalam diri Paul Pogba, Marchisio yang merupakan complete midfielder dan box to box midfielder dengan stamina kuda Arturo Vidal.

Di bahagian serangan pula, Allegri memilih combo big man-small man dengan mengandingkan Carlos Tevez dengan Alvaro Morata atau Llorente. Tevez menjaringkan 20 gol dalam liga domestik dan 29 gol dalam semua pertandingan.

Di peringkat liga, Juventus meneruskan cengkaman dengan rekod 4 kali kejuaraan liga berturut turut selain memenangi Coppa Italia bagi melengkap double liga domestik. Namun yang lebih penting di peringkat Eropah di mana Allegri berjaya membawa Juventus ke final Uefa Champions League di Berlin 2015. Di bawah Conte, Juventus melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada 2012/13 dan terkandas di peringkat kumpulan di belakang Real Madrid dan Galatasaray pada 2013/14.

Di final Berlin pada 7 June 2015, Juventus bertemu Barcelona dengan gandingan sensasi MSN (Messi - Suarez - Neymar) yang sedang hot form tambah diburukkan lagi dengan ketiadaan Chiellini yang mengalami calf injury. Posisi Chiellini digantikan dengan Barzagli. Meskipun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dengan jaringan Morata, The Grand Old Lady kecundang dalam final keempat sejak kali terakhir memenanginya pada 1996.

Juventus kecundang pada final 1997 di tangan Borussia Dortmund (Juve tewas 1-3), 98 di tangan Real Madrid (Juve tewas 0-1), 2003 di tangan seteru liga tempatan iaitu AC Milan (Juve tewas penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 di masa sebenar) dan 2015 di tangan FC Barcelona (Juve tewas 1-3).

Akan bersambung di bahagian kedua...
 
Back
Top
Log in Register