TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Liu Han
Beijing: Sebuah mahkamah di China semalam menjatuhi hukuman mati terhadap seorang jutawan perlombongan yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin kanan Parti Komunis, Zhou Yongkang, atas kesalahan membunuh.
Liu Han mengetuai sebuah syarikat swasta Hanlong, yang pernah membuat bidaan berbilion dolar terhadap sebuah firma Australia. Dia dan adik lelakinya Liu Wei didapati bersalah “mengatur dan mengetuai satu kumpulan gaya mafia”, membunuh dan jenayah lain, demikian menurut Mahkamah Tengah Rakyat Xianning.
Kedua-dua mereka bersama tiga lagi rakan mereka dijatuhi hukuman mati.
Gang adik beradik Liu itu, yang berpangkalan di barat daya wilayah Sichuan, membunuh lapan orang dan mencederakan ramai yang lain selama hampir 20 tahun, kata kenyataan mahkamah yang disiarkan di laman Twitter Sina Weibo.
“Liu Han dan Liu Wei mempunyai niat amat jahat, tindakan mereka begitu kejam, pengaruh sosial mereka amat buruk dan jenayah serta kesannya amat serius,” katanya. “Mereka perlu dikenakan hukuman berat menurut undang-undang.”
Seramai 31 lagi tertuduh juga dihukum, sama ada hukuman mati tertangguh yang biasanya dikurangkan kepada penjara seumur hidup manakala yang lain dihukum penjara sehingga tiga tahun.
Sichuan adalah antara ‘kubu kuat’ Zhou Yongkang, yang pernah memiliki kuasa besar sebagai ketua keselamatan China tetapi kini dikaitkan dengan khabar angin siasatan berhubung rasuah. Beliau tidak kelihatan di khalayak ramai sejak berbulan-bulan.
Majalah niaga berpengaruh Caixin melaporkan bahawa Liu Han pernah mengadakan urus niaga dengan ahli perniagaan dipercayai anak lelaki Zhou. Media negara itu juga ada menggambarkan gang itu ada hubungan dengan pegawai kerajaan pusat.
Sabitan hukuman itu menunjukkan pegawai kini sedang mengumpul maklumat untuk membuka kes terhadap Zhou Yongkang, kata ahli sains politik di Universiti Renmin di Beijing, Zhang Ming. - AFP.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JutawanChinadihukummati/Article