BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jus Habatussawda'..

su_GEH

Banned
Messages
843
Joined
May 3, 2012
Messages
843
Reaction score
1
Points
15
Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengunati pelbagai jenis penyakit

Habbatus Sauda/Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)

Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Warga CG dipelawa untuk bersama2 kami di Nuverus
 
Back
Top
Log in Register