Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
PULAU PINANG 14 Dis. - Dipercayai angkara peragut, seorang jururawat hospital swasta menemui ajal selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di sini malam tadi.
G. Malathi, 24, ditemui mati di persimpangan Jalan Residensi, berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 8 malam.
Anak kedua daripada tiga beradik itu semasa kejadian menunggang motosikal jenis Yamaha Legenda seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Gelugor selepas habis bekerja.
Malathi dikatakan baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan dalaman yang serius dan dibawa ke HPP untuk bedah siasat.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai diragut sebelum motosikalnya ditendang menyebabkan dia terjatuh di atas pembahagi jalan.
Ketika ditemui, katanya, dompet dan kad pengenalan mangsa juga hilang.
"Mangsa memakai baju-T ditemui terbaring berlumuran darah manakala motosikalnya terbabas di atas pembahagi jalan kira-kira lima meter dari tempat mangsa terjatuh.
"Kita masih menyiasat punca kejadian sama ada mangsa telah diragut atau terjatuh sendiri sebelum barang berharganya dicuri pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, suasana pilu turut menyelubungi pekarangan Bilik Mayat HPP apabila ahli keluarga bersama rakan mangsa tiba untuk menuntut mayat mangsa.