TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR – Walaupun memiliki ramai jurulatih berpengalaman terdiri bekas atlet, ia belum cukup untuk melahirkan atlet bertaraf dunia sekiranya mereka (jurulatih) kurang pengetahuan taktikal dalam aspek kejurulatihan.
Sebagai contoh, jurulatih ternama seperti Glen Mills bukanlah seorang bekas atlet bertaraf bintang tetapi berupaya melahirkan atlet olahraga terbaik dunia seperti jaguh pecut dunia, Usain Bolt, Kim Collins, Dwain Chambers serta Ray Stewart.
Rahsia kejayaan Mills membentuk atlet-atlet olahraga terbabit dibantu pengetahuan mendalam dalam bidang kejurulatihan, di samping mempunyai kepakaran yang diiktiraf.
Menyedari kepentingan mendalam dalam bidang kejurulatihan, Pengarah Pusat Latihan Bertauliah (ATC), Mohd. Musa Noor Mohd. merencana beberapa program khas buat jurulatih olahraga bermula November ini.
Antara program tersebut ialah Kursus Kejurulatihan Tahap 2 yang berkaitan pecutan dan lompatan, Seminar Meja Bulat Kecemerlangan Kejurulatihan Olahraga dan Klinik Olahraga Kebangsaan dalam pengkhususan acara pecutan dan lompatan yang bakal diadakan setiap tiga bulan di semua persatuan olahraga negeri bermula Disember ini.
“Program sebegini adalah kerjasama kami dengan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memberikan pengetahuan terbaru kepada jurulatih sedia ada, terutama berkaitan taktikal.
“Kita akan mula gerakan program ini pada November ini dan kita juga akan menjemput panel yang pakar dalam kejurulatihan olahraga dari Australia untuk berkongsi pengetahuan.
“Buat masa ini jurulatih kita perlu mendapat pengetahuan yang mendalam berkaitan kejurulatihan terutama bagaimana untuk mendapatkan catatan bawah 10 saat dalam acara pecutan dan cara pergerakan badan yang betul ketika berlari,” kata Mohd. Musa.
Perancangan ATC itu dapat membantu perkembangan olahraga pada peringkat akar umbi sekiranya dapat berjalan dengan terancang.
Malah, prasarana latihan olahraga yang terdapat di Bukit Jalil juga adalah yang terbaik untuk kemudahan atlet tempatan selain pernah mendapat pengiktirafan daripada IAAF pada tahun 2005 hingga 2007.
Semua ini sudah cukup lengkap buat sukan olahraga sekiranya pengetahuan tinggi berkaitan aspek taktikal dapat disuntik kepada jurulatih yang ada ketika ini.