BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Jurulatih Argentina Dipecat

Wizurai

Active+ Member
Messages
3,427
Joined
Jul 27, 2009
Messages
3,427
Reaction score
39
Points
30
batistar.jpg


Berikutan kegagalan pasukan Argentina
di Copa America, jurulatihnya, Sergio Batista, 48,
telah dipecat serta-merta.

Harapan utk melihat Argentina menjuarai Copa America
berkecai apabila mereka ditumpaskan oleh
Uruguay di peringkat suku akhir yg kemudiannya
muncul juara setelah menewaskan Paraguay 3-0.

Batista yg pernah bersama-sama skuad Argentina yg
menjuarai Piala Dunia 1986, menggantikan Diego
Maradona sebagai jurulatih pada Julai 2010. Beliau sebelum
itu adalah jurulatih skuad Olimpik Argentina
yang berjaya memenangi pingat emas di Olimpik Beijing 2008.

Pemecatan Batista sama seperti nasib yg menimpa Maradona
yg turut dipecat setelah pasukan mereka gagal
di Piala Dunia 2010.
 
high income, high risk.... cam forex lak plak:D
 
Kalau tak bagus, kasi pecat semua....ayoyoo
susahlah kalau macam ni, kata Rajagopal...:-?
 
Dengar khabar diaorang nak offer Rajagopal jadi coach lepas ni:-?:-?:-?
 
Dia nih kene pecat pon maradona yang dok bakar persatuan bola dia.. keh3.. :))
 
Back
Top
Log in Register